Friday, June 3, 2011

BOLASEPAK MALAYSIA:BURU BOOKIE TERLIBAT!!!

03/06/2011-06:50am

Alamak...sejak kebelakangan ini bolasepak Malaysia dah macam Wrestlermaniac (semua berlakon)pulak....nie buat tak syok tengok nie...Jika banyak perlawanan di atur manalah seronok nak tengok..patutlah ada pasukan yang gah boleh kalah dan lepas tu naik balik "macam Hulk_Hogan baik syeh!".harap FAM kerja keras atasi masalah ini.Jangan sampai ada VVIP terlibat dah ler....cari bookie durjana tu...!!SPRM jangan kasi can.. ok.

_________________________

15 pemain sanggup jual perlawanan RM25,000

2011/06/02


SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 15 pemain skuad bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan mengaku menerima RM2,000 bagi beberapa perlawanan dalam kejohanan itu yang keputusannya ditentukan bookie.

Mereka ialah 11 pemain utama, manakala baki ialah pemain simpanan dan beberapa anggota pengurusan skuad berkenaan.

Berita Harian difahamkan, bagi tiga atau empat perlawanan yang keputusannya ditentukan oleh bookie, pemain dan pengurusan pasukan menerima antara RM6,000 hingga RM8,000 seorang.

Sumber berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan bookie yang terbabit mengatur keputusan perlawanan itu.

Katanya, siasatan kini 80 peratus siap selepas SPRM mengambil keterangan daripada pemain serta pengurusan pasukan dan menjangka siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, berdasarkan aduan yang diterima, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan perlawanan Piala Super.

Justeru, katanya, jika ada pemain Liga Super terbabit dalam kegiatan itu, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan dan ia adalah prosedur biasa selepas kertas siasatan dibuka. 
Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, selepas menerima aduan beberapa pemain bola 
sepak skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Laporan dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.

Ketika mendedahkannya, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata PBNS mendapat maklumat kes mengatur perlawanan berlaku sejak tahun lalu, tetapi tiada bukti kukuh. 

Sabtu lalu, SPRM memanggil 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. 
Source:Sumber berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih mengesan bookie yang terbabit mengatur keputusan perlawanan itu.

Katanya, siasatan kini 80 peratus siap selepas SPRM mengambil keterangan daripada pemain serta pengurusan pasukan dan menjangka siasatan dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, berdasarkan aduan yang diterima, SPRM tidak menolak kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan perlawanan Piala Super.

Justeru, katanya, jika ada pemain Liga Super terbabit dalam kegiatan itu, mereka akan dipanggil untuk memberi keterangan dan ia adalah prosedur biasa selepas kertas siasatan dibuka. 
Minggu lalu, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, selepas menerima aduan beberapa pemain bola 
sepak skuad Piala Presiden bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan berlaku rasuah mengatur perlawanan sejak akhir tahun lalu.

Laporan dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif.

Ketika mendedahkannya, Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata PBNS mendapat maklumat kes mengatur perlawanan berlaku sejak tahun lalu, tetapi tiada bukti kukuh. 

Sabtu lalu, SPRM memanggil 20 pemain termasuk pemain simpanan Piala Presiden untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. 
Source:http://www.bharian.com.my/articles/15pemainsanggupjualperlawananRM25_000/Article

________________bolasepakMalaysia_________End

0 comments: