Thursday, June 2, 2011

KISAH SALIH YAACOB LAGI....MALAYSIAN TOP HUSBANDS RULES MODEL OF THE YEAR...HA..HA!

                   

2/05/2011-06:21am
Cerita Abang SY lagi....jejaka kuota penuh pujaaan lelaki2 Malaya....Rules Model bab kahwin 4 nie...haha..berbahagialah kamu..jangan naik salah kapalterbang pergi ke China dah....maklumlah nak privasi....(ketawa)

Salih Yaacob Belum Fikir Anak Dengan Isteri Keempat
Khamis Jun 2, 2011





PETALING JAYA: Pengacara dan penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 50, memberitahu dia belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan anak selepas menikahi isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali, 25, atau Emi, Isnin lalu.
Ujar Salih, memandangkan majlis pernikahannya belum pun sampai seminggu, justeru dia dan isteri barunya itu belum memikirkan sebarang perancangan buat masa ini.
"Semuanya (majlis) baru saja selesai. Saya belum tahu lagi sebab masih terlalu awal.
"Kalau ada rezeki dikurniakan anak, saya terima dengan penuh kesyukuran," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu.
Ditanya pula adakah dia dan Emi akan menangguhkan perancangan untuk mendapatkan anak memandangkan isterinya itu masih menuntut di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA), Salih berkata, dia tidak terfikir tentang perkara tersebut.
"Saya tidak tahu lagi buat masa ini. Kalau ditakdirkan untuk dapat anak pada waktu ini, kami terima. Apa pun semuanya bergantung kepada rezeki Allah," jawabnya ringkas.
Salih dan Emi berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November tahun lalu dan hubungan mereka menjadi semakin rapat sejak itu.

Pada 30 Mei lalu, Salih melengkapkan kuota poligami empat orang isteri selepas menikahi Emi di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor Bahru, Johor.
Salih berkahwin dengan isteri pertamanya, Norizah Mamat, 46 pada 1989 dan dikurniakan empat anak, isteri kedua, Norraha Hamat, 43, pada 1993, enam anak dan isteri ketiga, Norfara Wahida, 33, pada 2007, dikurniakan seorang anak.
Pelakon itu turut merancang untuk menganjurkan majlis besar-besaran yang dihadiri oleh tiga isterinya yang lain, rakan artis dan para media di Kuala Lumpur dalam tempoh terdekat.
Selain sibuk dengan tugasan hariannya di studio radio Sinar FM, Salih juga bakal muncul dalam program bual bicara terbaru iaitu SY I Follow untuk Astro Ria tidak lama lagi.
________________Malaysiantophusband_________________End

2 comments:

Penulis Rindu said...

silap gambar kut..sebelah tu aku ye..hehe

ASSOYFINGER67 said...

Abu Luqman;blog aku..gambar aku ler haha