Friday, June 3, 2011

MAHARAJA LAWAK:SIBUKNYA ZIZAN DAN JOHAN....!

03/06/2011-06:05am
Kalau dah tak boleh bagi komitmen kena bagi chance kat orang bro huhu...


'Maharaja Lawak': Zizan & Johan Tidak Bersedia
Jumaat Jun 3, 2011


PETALING JAYA: Walaupun pertandingan Maharaja Lawak akan berlangsung malam Jumaat (malam ini), di Penang International Sports Arena, Pulau Pinang , kumpulan Jozan masih lagi belum membuat sebarang persiapan.
Menurut Zizan, ini kerana dia bersama rakannya, Johan tidak mempunyai masa terluang untuk berjumpa dan berbincang mengenai konsep persembahan yang perlu dilakukan.
"Kalau nak tahu, saya belum lagi berkesempatan untuk jumpa dengan Johan. Minggu ini kami terlalu sibuk dengan kerja masing-masing.
"Mungkin kami hanya ada masa beberapa jam sahaja untuk mendapatkan idea persembahan, doakan kami berjaya," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Tambah Zizan, dia dan Johan sudah semakin kehabisan idea dan penyambungan episod Maharaja Lawak sebanyak tiga minggu membuatkan mereka sedikit tertekan.
Malah dia juga menerima kritikan daripada para peminat jika persembahan mereka tidak seperti yang diinginkan.
"Bukan mudah untuk mendapatkan idea persembahan lebih-lebih lagi apabila fikiran kita dah letih.
"Sebab itu kami tidak kisah jika dikritik peminat kerana kami tahu, persembahan kami tidak mempunyai latihan yang cukup," tuturnya.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/6/3/mstar_hiburan/20110602211239&sec=mstar_hiburan
__________zizan n johan rajalawak________End

0 comments: