Wednesday, June 8, 2011

SUKA BACA:KESAH FARAH ANUAR-NIKAH JULAI

08/06/2011-07:05am
Suka tengok Farah nie dari AF sampai sekarang...seorang yang berkerja keras dan menjaga peradaban wanita Melayu dan terus menjadi insan yang lebih baik-tahniah dan doa agar kebahagiaan selalu mengiringinya!


Percepat Tarikh Kahwin, Farah Berdebar Jadi Isteri
Selasa Jun 7, 2011



Farah Anuar



PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, mengakui berdebar menghitung hari untuk bergelar isteri pada 15 Julai depan.
Dia yang mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan pada 25 Disember lalu terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan mereka atas permintaan pihak lelaki.
"Perasaan sangat berdebar terutamanya apabila majlis tersebut dipercepatkan, majlis yang sepatutnya bulan September tetapi terpaksa diawalkan atas sebab tertentu dan sudah tentu sekarang semua sedang kelam kabut buat persiapan.
"Banyak lagi yang belum disiapkan termasuk kad jemputan. Nasib baik juga saya dibantu oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan terdekat," katanya yang ditemui pada sidang media Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terlalu teruja untuk berceritakan tentang hal-hal berkaitan perkahwinan dan mahu ia berjalan seperti biasa.
"Saya sebenarnya takut untuk bercerita dan tak mahu terlalu teruja kerana benda-benda sebegini kita hanya merancang. Biarlah semuanya berjalan seperti biasa dan lancar.
"Tapi nasihat saya, jangan bertunang lama-lama kerana dugaan dalam tempoh tersebut sangat kuat, perkara kecil boleh jadi besar," ujarnya sambil tersenyum.
Tambahnya, dia kini sedang menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah.
"Saya juga dalam proses menyiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri melalui bahan-bahan bacaan dan banyak bertanya kepada pakar dan orang-orang tua," katanya.
Bercerita tentang konsep perkahwinan, Farah memberitahu, majlis resepsi bertemakan perkahwinan dalam taman akan diadakan di sebuah taman di Putrajaya, sementara pihak lelaki akan diadakan di Bukit Jambul, Pulau Pinang.
"Saya mahukan perkahwinan yang sederhana tetapi memberi kenangan dan kami memilih untuk mengadakannya di sebuah taman di sekitar Putrajaya.
"Manakala baju akan ditaja oleh pereka fesyen Zery Zamry," tuturnya yang masih merahsiakan lokasi persandingan tersebut.
Sementara itu, Farah yang sibuk dengan aktiviti sebagai pengacara mengakui bakal mengikut suaminya berpindah ke Pulau Pinang.
"Selepas kahwin saya akan tinggal di Pulau Pinang, aktiviti seni masih berjalan cuma saya perlu ulang alik dari sana.
"Lagi pula saya banyak mengambil tawaran pengacaraan yang masanya lebih fleksibel berbanding lakonan, manakala bidang nyanyian pula saya masih lagi merancang untuk menerbitkan sebuah single baru," katanya yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer Sham Kamikazi.
__________________farahnakkahwin_________________End

2 comments:

Mama JnJnJ@Sue@Anang said...

suka tengok farah ni :-)

ASSOYFINGER67 said...

Mama JnJnJ@Sue@Anang;samaler kite..aku suka tengok dari AF dulu...suka gigi dia:)