Tuesday, February 21, 2012

DR. JUANDA -CERITA TAHYUL BERI KESAN NEGATIF PADA PEMBINAAN MASYARAKAT BERTAMADDUN/WANITA BUKAN BAHAN PELARIS

21/02/2012-11:18pm
Salam.
Kalau ulama' dah tegur tu silalah guna pakai, kalau tak nanti macam2 boleh jadi, ingatlah kekuasaan Allah...jangan tak ambil hirau kerana kita orang Islam, lainlah kalau produser bukan Islam yang buat tu....no komen ler...menonton pun kira sokonglah macam nie..apapun pandangan dari  ajaran Islam dan pendapat dari ulama' mestilah didahulukan dalam apa jua hal!
Gambar:Dr Juanda bin Jaya(malaysiaaktif.my)
_______________________
Mufti Perlis Tegur Lambakan Filem Tahyul, Hantu
Selasa Februari 21, 2012 MYT 6:28:05 PM


Filem seram dikatakan merosakkan akidah penonton dan umat Islam. Gambar sekadar hiasan.
KANGAR: Lambakan filem dan drama berunsur tahyul, hantu dan seram yang ditayangkan terutama melalui televisyen memberi kesan negatif terhadap pembinaan masyarakat yang bertamadun.
Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pada Selasa berkata, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) memantau serta mengawal penayangan filem dan drama seumpama itu yang antaranyamenggambarkan tahap penghinaan yang serius terhadap Islam.
Bercakap kepada pemberita di pejabatnya Selasa, beliau berkata Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang semalam turut membangkitkan perkara itu kerana bimbang ia mungkin mempengaruhi akidah umat Islam.
"Ia bukan hanya untuk filem-filem atau drama tempatan tetapi juga yang diimport," katanya.
Juanda percaya lambakan filem dan drama seumpama itu adalah kerana ia mendapat sambutan masyarakat sedangkan kesan jangka panjang kepada penonton adalah buruk.
Beliau turut mencadangkan supaya satu kajian mengenai impak penonton terhadap filem-filem seumpama itu.
Selain itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis juga membangkitkan isu eksploitasi terhadap wanita melalui iklan produk tertentu sehingga mempamerkan aurat mereka secara tidak terkawal.
"Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dieksploitasi untuk melariskan barangan," katanya.
Beliau berkata wanita Islam yang terpilih sebagai model barangan tertentu sepatutnya menutup aurat manakala yang bukan Islam perlu berpakaian sopan.
Sementara itu, Juanda melahirkan rasa kecewa dengan iklan penjualan kismis yang kononnya telah dibawa tawaf di Kaabah untuk meningkatkan khasiatnya begitu juga iklan mengenai air zam zam yang kononnya telah dibawa ke tempat solat hajat semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih tinggi berbanding biasa.
Beliau menyifatkan iklan seumpama itu bertujuan menipu pengguna di samping melakukan eksploitasi agama dalam perniagaan. - BERNAMA
__________________________________EnD
TERKINI!!

Kehilangan Latif Ibrahim Beri Kesan Kepada Rakan Seperjuangan

LATIF Ibrahim dikenang rakan artis kerana kesungguhannya bekerja dan sikap menggemari pelbagai makanan.

 

Almy Nadia Terkena 'Air Kencing Puntianak'

PELAKON Almy Nadia mendakwa dirinya terkena air kencing puntianak sewaktu penggambaran drama Cinta Buat Emelda.

visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: