Sunday, April 5, 2015

TAHNIAH KEPADA PM DAN TPM, TAKZIAH BUAT MANGSA HELIKOPTER TERHEMPAS DI SEMENYIH.(04/04.2015)

05/05/2015-08:04am

Assalam...

Sama hari (majlis TPM dan PM)...agak pelik gak....tahniah dan takziah...3 berita semalam!

_______________________________________

Kediaman Jamaluddin & Azlin Terus Dikunjungi Orang Ramai

Ahad, 5 April 2015 7:00 AM
Rumah Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis mula dipenuhi sanak saudara dan jiran tetangga yang datang untuk membaca yassin.

SERI KEMBANGAN: Suasana di kediaman Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis, yang disenaraikan sebagai penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih semalam, tidak putus-putus dikunjungi sanak saudara, kenalan serta jiran.

Mereka yang menziarahi keluarga Jamaluddin di kediamannya di sini sejak kira-kira 10 malam Sabtu, turut bersama-sama membacakan Surah Yasin dan mengadakan tahlil.

Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Seramai 25 pelajar tahfiz dari Maahad Tahfiz Manbaul Huffaz di Cheras diketuai oleh Ustaz Luthfi Aziz Hamzah juga menyertai bacaan Surah Yassin dan ayat-ayat suci Al-Quran. 

Enam orang terkorban dalam nahas helikopter AS365N2 Dauphin itu di sebuah kebun getah di Semenyih semalam, dan nama Jamaluddin terdapat dalam senarai penumpang helikopter itu.

Mayat-mayat itu kini berada di Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat dan pengecaman identiti. 

Sementara itu, suasana suram turut menyelubungi kediaman Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias, yang namanya juga disenaraikan sebagai penumpang helikopter itu

Kediamannya di Saujana Impian di Kajang mula dipenuhi saudara mara serta jiran tetangga sejak Maghrib, dan mereka juga mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil.

Menurut pemandu keluarganya, Faizul Mat Rasit, Azlin dan isterinya Datin Azlina Mohamad mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan. Menurutnya anak lelaki sulung dan kedua pasangan itu menuntut di United Kingdom dan di Kolej Universiti UEM di Lembah Beringin, Selangor manakala anak perempuannya belajar di tingkatan dua.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/04/05/kediaman-jamaluddin-terus-dikunjugi/



____________________________

Rai warga Pekan


Pekan: Ribuan tetamu menghadiri majlis persandingan anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa, 27, dan pasangannya, Daniyar Kessikbayev, 27, di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Peramu Jaya, di sini, semalam (4/4/2015)

NAJIB dan Rosmah meraikan persandingan anak mereka Nooryana Najwa dan Daniyar, semalam. 
 See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41596#sthash.IOZYidRM.dpuf

_________________________________________________

10,000 beri restu

Pagoh: Kira-kira 10,000 tetamu hadir pada majlis perkahwinan anak ketiga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dan Idris Koh Keng Hui di Dewan Seri Pekembar, di sini, semalam.(4/4/2015)

MUHYIDDIN dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman melihat Idris dan Najwa memotong pulut kuning, semalam. 
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/41594#sthash.pDZugC5b.dpuf

________________________________________________EnD


1 comments:

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO di 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
KLIK=> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D