Monday, August 29, 2011

PESANAN RINGKAS DARI SEORANG TEMAN....KHAS UNTUK HARI LEBARAN

29/08/2011-08:09am

Bagai pesanan ringkas yang kawanku (En. Musa)  hantar...


Biar kulit segelap ALMOND LONDON,
http://mohdapih.com/blog/resepi-biskut-raya-almond-london/

asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,

cariwriter.blogspot.com
biar iman sekental DODOL,

siffusuffi.blogspot.com
jangan senipis REMPEYEK,
likahunm90.wordpress.com


      biar jiwa selembut BAHULU,
      mrsjon.blogspot.com



      asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA,
      kuih-raya-ummisuria.blogspot.com

      senyumlah semanis WAJIK
      masak-masak.blogspot.com


      Agar lebaran yang disambut lebih bermakna.


      Salam Aidilfitri.Maaf Zahir dan Batin.


      _____________Salam Aidilfitri____End



      HOT!!!INFO | JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN SPM 2011 | SPM TIMETABLE 2011




      CERITA BARU


      MENARIK! MESTI BACA!

      Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
      http://stewardjohn.com/

      MAN UNITED VS ARSENAL 28/08/2011(VIDEO)

      29/08/2011-12:58am
      [ Manchester United 7-2 Arsenal ]
      22' [1 - 0] D. Welbeck
      28' [2 - 0] A. Young
      41' [3 - 0] W. Rooney
      45' [3 - 1] T. Walcott
      64' [4 - 1] W. Rooney
      67' [5 - 1] Nani
      70' [6 - 1] J. Park
      74' [6 - 2] R.v. Persie
      82' [7 - 2] W. Rooney
      90' [8 - 2] A. Young 

      All goal video visit:http://www.futegoal.com/2011/08/man-utd-vs-arsenal-live-stream-online.html

      LIVE: Man United 7-2 Arsenal

      LIVE: Man United 7-2 Arsenal

      Man United, which has won 21 of its last 22 home games, is about to keep its perfect start alive as the club is 
      dominating Arsenal at Old Trafford. Follow Goal.com's live commentar
      _________________End
      CERITA BARU




      MENARIK! MESTI BACA!

      Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
      http://stewardjohn.com/

      MAT SABU HINA PERJUANG BERAGAMA ISLAM (VIDEO CERAMAH)-MENYOKONG IDEOLOGI KOMUNIS?

      29/08/2011-12:07am
      Salam Ramadan ke 29...
      Aku tak berapa nak setuju dengan Mat Sabu.Dia tentu cakap ini adalah fasal polis tu dia orang bekerja di bawah British dan komunis tu sebagai pejuang negara kerana mereka menentang penjajah. Masalah bekerja dengan siapa tak jadi soal....masalahnya yang terkorban itu adalah orang Islam dan komunis juga adalah fahaman yang di jajah oleh Parti Komunis China dan ideologinya pastilah terpesong dari Islam.
      Aku bukan nak kata apa,kalau tengok baju Mat sabu yang kilat2 tu...melambangkan orangnya berkehendak (bernafsu) besar tak tak mustahil dia tak ingat apa yang dia cakap kerana orang yang dikuasai nafsu biasanya tak ingat apa yang dia cakap.(tak macam Tok Guru).Apapun pastinya di a akan memberi jawaban2 yang bijak menidakkan maksud apa yang diperkatakannya dan ketaksuban segelintir ahlinya akan menyokongnya bulat2....Apapun kadang2 Allah Ta'ala nak tunjuk siapa seseorang itu.Berhati2lah dapat soal pemikiran (jangan pula nanti Mat Sabu dikatakan beridelogi komunis)...perjuangan Dato Onn jangan ditidakkan....itu aku amat pasti!


      _____________________________________

      Kenyataan Mat Sabu dibidas




      RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.


      KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pimpinan tertinggi UMNO hari ini membidas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pihak komunis yang menyerang pasukan keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 adalah merupakan hero sebenar.
      Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas itu yang mengangkat pengganas komunis sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara.
      Malah, Muhyiddin turut menyifatkan kenyataan Mohamad Sabu bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan adalah sesuatu yang biadab.
      “Kenyataan Mohamad Sabu ini adalah satu penghinaan dan pengkhianatan terhadap perjuangan bangsa Melayu menuntut kemerdekaan tanah air.
      “Sebaliknya beliau dengan angkuhnya telah mengangkat kezaliman pengganas komunis sebagai satu kemuliaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
      Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas itu telah menimbulkan kemarahan ramai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga anggota keselamatan yang terkorban akibat peristiwa itu.
      ‘‘Malah, tindakan beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan juga menunjukkan perjuangan Pas ketika ini semakin songsang di bawah kepimpinan seperti Mohamad Sabu,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
      Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan kontroversi yang dicetuskan Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu apabila mendakwa Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.
      Selain itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.
      Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kenyataan Mat Sabu bahawa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan adalah satu penghinaan kepada rakyat negara ini.
      “Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Mat Sabu dan menganggap bahawa beliau merupakan pemimpin yang tidak berkualiti langsung,” katanya.
      Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pendapat bahawa anggota polis yang diserang dalam tragedi Bukit Kepong berkhidmat untuk penjajah tidak benar kerana mereka berjuang mempertahankan sebuah wilayah dalam sebuah negeri yang mempunyai sultan.
      Katanya, PKM pula tidak pernah ikhlas memperjuangkan kemerdekaan negara kerana matlamat sebenar mereka adalah menyingkirkan raja-raja Melayu dengan cara menubuhkan sebuah republik.
      Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, kenyataan Mat Sabu itu termasuk mahu mengubah fakta sejarah menunjukkan pemimpin Pas kini semakin jahil terutamanya sejak menjadi ‘boneka’ DAP.
      ‘‘Faktor itu juga dipercayai menjadi punca apabila mereka menukar konsep perjuangan mereka kepada negara berkebajikan dan dikhuatiri mereka juga akan mengubah kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan manakala raja-raja Melayu dipinggirkan,” katanya.
      Di Kota Bharu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Mat Sabu disifatkannya sudah hilang pedoman.
      Sehubungan itu, katanya, beliau meminta rakyat menolak pemimpin terbabit yang mengagung-agungkan pengganas komunis kerana gerakan itu telah banyak membawa kemusnahan kepada negara.

      Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

      __________________________________________
      "Saya perlu tengok rakaman" - Mohamad Sabu
      Harakahdaily   
      KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Timbalan presiden PAS, Mohamad 
      Sabu berkata beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula 
      berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau 
      mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang 
      Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

      Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

      Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

      "Saya sedang cari tape rakan itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

      "Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya.

      Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

      Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.





      Source:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5140-qsaya-perlu-tengok-rakamanq-mohamad-sabu



      ______________matsabu hina pejuang beragama islam?
      CERITA BARU



      MENARIK! MESTI BACA!

      Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:
      http://stewardjohn.com/