Friday, April 22, 2011

PENANTIAN PUTERA CHARLES:59TAHUN 2BULAN 14HARI.......

22/04/2011-2.00am

Bila Charles nak jadi raja?


CHARLES...masih menanti.
Masih menanti

LONDON: Putera Charles semalam menjadi pewaris takhta paling lama dalam sejarah Britain, menunggu sehingga 59 tahun dua bulan dan 14 hari untuk menggantikan ibunya, Ratu Elizabeth II.
Beberapa hari sebelum anak sulungnya, Putera William melangsungkan perkahwinan dengan Kate Middleton, Charles mengatasi rekod yang dicatatkan buyutnya, Raja Edward VII.

Charles menduduki tangga pertama senarai pewaris takhta selepas ibunya, menaiki takhta untuk menjadi permaisuri pada 6 Februari 1952.
Edward VII dilahirkan sebagai pewaris pada 9 November 1841 apabila ibunya sudahpun menduduki takhta.

Ketika menjadi raja apabila ibunya meninggal dunia pada 22 Januari 1901, beliau menjadi tengku mahkota selama 59 tahun, dua bulan dan 13 hari, tempoh yang diatasi oleh Charles semalam.

Charles, 62, berusia tiga tahun apabila dia menjadi pewaris takhta berkenaan.
Beliau mungkin terpaksa menunggu lebih lama untuk menjadi raja. Elizabeth menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 85 hari ini sementara ibunya meninggal dunia pada usia 101 tahun.
Queen Elizabeth 2

Pewaris mutlak takhta ialah anak lelaki raja atau ratu ketika itu yang haknya untuk mewaris tidak boleh diganti dengan kelahiran anak yang lain.
Selaku anak sulung Charles, William yang akan berkahwin pada 29 April depan, menduduki tangga kedua senarai pewaris.

Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg yang bertanggung jawab terhadap pembaharuan perlembagaan berkata, beliau mengkaji kemungkinan mengubah peraturan pewarisan itu.

Menurutnya, beliau mahukan sebarang anak perempuan yang dilahirkan isteri William tidak akan diatasi oleh adik lelaki mereka.

Mengubah undang-undang itu memerlukan persetujuan 16 negara yang monarki Britain menjadi ketua negara, termasuk Kanada, Australia dan Jamaica. — Reuters
Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/BilaCharlesnakjadiraja_/Article

0 comments: