Tuesday, April 26, 2011

SAFEE SALI-ANTARA PELITA DAN MALAYSIA.......

26/04/2011-12:16pm
Apapun mengikut pendapat aku...ada eloknya pengurusan skuad kebangsaan memberikan peluang untuk Safee Sali beraksi untuk Pelita Jaya menentang Persija kerana perlawanan Malaysia menentang Hong Kong adalah perlawanan persahabatan dan pemain2 lain tidak kurang hebatnya...Apapun hanya FAM yang arif!


Mohd Safee dalam dilema

2011/04/25


Super Safee Sali 



KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak negara, Mohd Safee Sali mengakui beliau kini berada dalam dilema sama ada beraksi bersama skuad kebangsaan atau membantu kelabnya di Indonesia menghadapi satu perlawanan getir. 


Mohd Safee berkata, beliau tidak keberatan untuk kembali beraksi dengan skuad negara menentang Hong Kong dalam satu perlawanan persahabatan, namun harus memastikan ketiadaannya tidak menjejaskan kelab yang diwakilinya itu.

"Saya tidak ada masalah untuk kembali beraksi dengan pasukan kebangsaan. Setakat ini belum ada tawaran rasmi sahaja lagi mengenainya," katanya ketika ditemui pemberita selepas dilantik sebagai duta Tune Talk, sebuah perkhidmatan prabayar mudah alih, di sini hari ini.
Turut sama dilantik sebagai duta syarikat berkenaan ialah penjaga gol kebangsaan, Mohd Khairul Fahmi Che Mat. 

Mohd Safee dilapor akan dipanggil menyarung jersi kebangsaan menentang Hong Kong pada 3 Jun ini, tetapi pada masa sama kelab yang disertainya di Indonesia, Pelita Jaya FC, juga berdepan perlawanan getir dalam Liga Super Indonesia menentang Persija Jakarta pada 5 Jun. 

Pasukan Persija Jakarta adalah antara pasukan terkuat dalam Liga Super Indonesia musim ini dan kini berada di tangga ketiga liga. 

"Ia satu perlawanan yang amat besar buat Pelita Jaya. Kalau dengan ketiadaan saya, ia mungkin akan menjejaskan prestasi pemainan pasukan saya," katanya. 
Mohd Safee berkata, beliau berazam untuk mempertingkatkan prestasinya dengan kelab Indonesia itu dan mahu membantu kelab tersebut memperbaiki kedudukan dalam Liga Indonesia. 

"Setakat ini saya masih belum berpuas hati dengan tahap permainan saya dengan Pelita Jaya. Bagaimanapun, saya masih mempunyai banyak masa untuk memperbaiki prestasi saya itu. 

"Pada awal penampilan dulu, saya mahu sekurang-kurangnya menjaringkan satu gol pada setiap perlawanan. Sekarang selepas lapan perlawanan saya hanya menjaringkan lima gol untuk Pelita Jaya," katanya. 

Kelab Pelita Jaya kini menduduki tangga ke-10 Liga Super Indonesia dan Mohd Safee mahu membantu kelab bola sepak berkenaan untuk meraih kedudukan ketujuh atau kelapan musim ini. - BERNAMA 


Apapun keputusan..agar ia tak mengganggu mood jaguh ini!Aku suka tengok dia beraksi "all out"

0 comments: