01/10/2011-08:02pm
Salam..
Hari tu dak teragak dah perkara nie akan terjadi!
My older post:
FIDA BIKIN GEMPAR..APA DAH JADIhttp://assoyfinger67.blogspot.com/2011/09/fida-bikin-gemparapa-dah-jadi.html
_____________________________________
STATUS TERKINI HUBUNGAN FIDA IBRAHIM DAN MAMAT SEPAH
01/10/2011
Kisah kontroversi yang menghambat pelakon Fida masih belum reda. Sejak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah, Fida terus menjadi perhatian..
Tidak hanya kisah cintanya bersama Mamat menjadi bualan ramai, terkini mengenai gambarnya dengan sebahagian rambut mengurau tersebar di internet. Difahamkangambar itu diambil Mamat dan dimuat naik ke laman facebooknya ketika mereka bercuti di Batam, Indonesia, bersama keluarga masing-masing.
Hal ini membuatkan peminat terkejut dan mula memberi pelbagai tanggapan terhadap Fida. Apatah lagi aksinya memeluk Iqram Dizly dalam drama Kasih Alia turut mencetuskan kontroversi.
Biarpun Mamat mengakui kesilapannya memuat naik gambar itu dan memberi alasan yang agak kurang munasabah kononnya dia tidak perasan dengan gambar itu kerana tidak memakai cermin mata, namun ia tetap tidak mampu membersihkan nama Fida.
Setelah lama berdiam diri, bintang kelahiran pantene ini, akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar. Pertemuan bersama zass baru-baru ini, merungkai isi hati anak kelahiran kampung baru, Kuala Lumpur ini.
“Saya memang sengaja tidak menjawab semua panggilan. Saya mahu menenangkan diri dan tidak mahu memberi sebarang penjelasan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan yang ketika itu sangat tegang”..
“Saya tak tahu nak cakap apa. Saya sangat terkejut dengan tindakannya tapi, sukar untuk saya jelaskan. Terus terang saya katakan saya terkilan dan kesal dengan apa yang telah berlaku”.
“Bukan sahaja gambar malah apa sahaja kenyataannya, saya benar-benar tidak tahu dan sangat kesal. Perkara pun sudah berlaku. Saya berharap tidak lagi dikaiktan dengannya selepas ini,” katanya dengan nada begitu kecewa.
Fida berharap tidak ada lagi cerita kurang enak berlaku pada dirinya. Fida juga tidak bertemu mamat selepas insiden itu dan hanya berhubung sekali bertanyakan perkara itu.
“Seperti yang saya pernah kata, kami masih dalam peringkat permulaan. Belum lagi bercinta dan masih mengenali hati budi masing-masing katanya.
Dicopy bulat2 dari>source:
http://blogfyna.com/status-terkini-hubungan-fida-ibrahim-dan-mamat-sepah/____________________Retak_______End
CERITA BARU
- KERANA TUALA WANITA – PELAJAR MENGANDUNG 20 EKOR ANAK TIKUS
- APAKAH MAKNA KASIH SAYANG MENURUT ANDA?
- PERKONGSIAN : NILAI DIRIMU DI MATA ORANG LAIN
- Beli tiket Air Asia ke Macau, Menangi tiket VVIP ke ZaiA
- Persiapan perkahwinan Yasmin Hani dan Shahrin: Yasmin Hani nak kuruskan badan
- Pencuri tutup longkang di kawasan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di cekup
- Bomoh cabul pesakit barah payudara
- Celcom Axiata Berhad tawarkan pakej “Penjejak Pendaki” bagi pendaki Gunung Kinabalu
MENARIK! MESTI BACA!
Ada pertanyaan!!!!Jumpa pakar gang kami:klik here to read:http://stewardjohn.com/
1 comments:
Hmmm, apa2je la fida oiii.....
Post a Comment