Salam.
Manusia memang tak pernah puas! Aku jugak yang kena beli...
___________________________________
Harga barang keperluan harian naik
2011/10/15
TINJAUAN di Pasar Besar Melaka Sentral, Peringgit mendapati harga daging lembu segar dijual pada harga RM20 sekilogram berbanding harga lama RM19.
Pemborong beri alasan cuaca tak menentu, banjir besar di Thailand
KUALA LUMPUR: Harga rata-rata barangan keperluan harian di seluruh negara terutama daging pejal tempatan dan cili merah selain sayuran tertentu meningkat dengan peniaga memberikan alasan terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang mendakwa ia berpunca cuaca tidak menentu serta banjir besar di Thailand.
Tinjauan di Pasar Selayang dan Chow Kit mendapati harga daging lembu tempatan dijual RM22 sekilogram (kg), salad antara RM6.50 hingga RM7 1kg, tomato RM5 berbanding RM3 minggu lalu dan santan asli RM9, tetapi harga sesetengah barangan seperti ayam, ikan dan bawang menurun.Di MELAKA, tinjauan di Pasar Besar Melaka mendapati harga daging lembu, ikan kembung dan ikan merah naik antara RM1 hingga RM4 manakala cili merah sehingga RM18 berbanding RM10 sebelum Bajet 2012. Daging lembu segar dijual RM20 1kg berbanding RM19 harga lama.
Harga hasil laut termasuk ikan kembung pada RM12 berbanding RM10 sebelum ini dan ikan merah sehingga RM24 berbanding RM20, tapi harga ayam turun kepada RM8.30 sejak dua hari lalu berbanding RM8.70 sebelum itu, manakala cili padi akar (hijau) melambung RM13 berbanding RM7.
Di SHAH ALAM, peniaga sayur, Suhaimi Mahat, 53, berkata cuaca tidak menentu sejak dua minggu lalu menyebabkan harga cili merah naik kepada RM18, manakala sayur berdaun sebelum ini dijual RM2 meningkat kepada RM4.
Di KUALA TERENGGANU, harga sayur dan daging terus melambung sejak sebulan lalu dan semakin naik selepas pembentangan Bajet 2012, antaranya sawi kini RM4.50 berbanding RM2.50 hingga RM3 sebulan lalu, cili besar RM14 berbanding RM7, cili kecil RM12 dan daging naik kepada RM20 berbanding RM18.
Di KUCHING, ayam proses sebelum ini RM7.50 kini dijual antara RM8.50 hingga RM9 malah difahamkan di Kapit yang terletak di tengah Sarawak, ia dijual sehingga RM11.50 dan bawang merah pula yang sebelum ini dijual RM6 1kg naik RM1.
Di KOTA KINABALU, Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah, Roslee Hamid, berkata secara keseluruhannya tiada kenaikan ketara harga barangan keperluan di Sabah khususnya di ibu negeri, tetapi pihaknya ada menerima aduan kenaikan harga ayam di Kota Belud dan Papar.
Tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu mendapati daging tempatan dijual RM22 1kg manakala ayam super RM9.50 dan ayam dada serta paha RM10. Kobis pula dijual RM2.50 manakala cili merah antara RM8 hingga RM9 dan bawang merah RM6.
Di JOHOR BAHRU, tinjauan di pasar @Mart mendapati harga barangan basah termasuk ikan dan ayam serta sayur-sayuran naik ketara terutama cili merah dijual sehingga RM19.90 1kg berbanding Sekitar RM5 sebelum Bajet 2012 dengan alasan musim tengkujuh dan banjir di Thailand.
Peniaga ikan, Sapri Ali Junaidi, 25, berkata harga ikan kembung naik RM7.50 1kg berbanding RM4.50 sebelumnya manakala harga sotong meningkat kepada RM14 berbanding RM7, manakala sayur-sayuran meningkat dua hingga tiga kali ganda, antaranya sawi RM4.50 1kg berbanding RM2.50 sebelumnya dan cili merah sehingga RM19.90.
Di SEREMBAN, peniaga di Pasar Awam Rasah Jaya, mengakui terpaksa menaikkan harga beberapa barangan disebabkan pemborong menjual lebih mahal. Pada 7 Oktober lalu, kembung hitam dijual RM10 1kg manakala semalam harganya meningkat RM13, kobis bulat tempatan RM4 (RM5), cili merah Kulai RM14 (RM18) dan tomato RM3.50 (RM5).
Di GEORGETOWN, harga daging tempatan dan sayur di kebanyakan pasar dan kedai runcit di Pulau Pinang meningkat satu hingga dua kali ganda selepas Bajet 2012 dibentangkan. Tinjauan di Pasar Chowrasta mendapati harga cili merah naik kepada RM16 1kg berbanding RM8 sebelum ini.
Di KUANTAN, Unit Pemantau Harga, Pejabat KPDNKK negeri mendapati harga ayam standard RM9.50 1kg berbanding RM8.50 sebelum bajet, manakala cili merah naik daripada RM17 kepada RM20 dan tomato RM6 berbanding RM3. sayuran lain seperti kacang panjang, buncis, sawi, salad, kailan dan petola turut mengalami kenaikan harga 10 hingga 50 sen.
Di KOTA BHARU, tinjauan di Pasar Tani Wakaf Che Yeh mendapati barangan keperluan utama seperti daging, ayam serta barangan dapur kekal pada harga lama. Penjual daging, Ahmad Noh, 45, berkata daging dijual RM18 1kg tanpa sebarang kenaikan sejak Aidilfitri lalu, manakala ayam RM7.80 daripada antara RM8.20 hingga RM8.30 minggu lalu.
Di IPOH, tinjauan di Pasar Besar Ipoh mendapati kenaikan harga cili merah agak mendadak sehingga hampir sekali ganda berbanding minggu lalu daripada RM8 1kg kepada RM15, manakala cili padi daripada RM8 kepada RM12 dan cili hijau daripada RM6 kepada RM10 1kg.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargabarangkeperluanhariannaik/Article/
_______________________End
CERITA BARU
- GURU SEKOLAH DAN TEMAN LELAKI DICEKUP KETIKA SEDANG BERASMARA
- CUBAAN BUNUH DIRI TERJUN BANGUNAN GAGAL
- MYKAD BARU MULAI JANUARI 2012
- AWAS! KASANOVA DIN KUDUNG KEMBALI AKTIF
- SUAMI LIWAT ISTERI SENDIRI KERANA ENGGAN BANTU BAYAR HUTANG ALONG
- ENGGAN HISAP ROKOK, PELAJAR TAHUN 5 DIKENCING ATAS BADANNYA
- WANITA DITINDIH 8 PERAGUT DI TAMAN PERTAMA CHERAS
- DIBELASAH GADIS GADIS GANGSTER HANYA KERANA SENYUM
- BERLAGAK DIVA, WHITNEY HOUSTON HAMPIR DIHALAU KELUAR DARI PESAWAT
MENARIK! MESTI BACA!
- MyKad Baru Mulai Januari 2012
- PRU-13 | PDRM Sudah Bersedia
- Wanita Sembunyikan Bayi Baru Lahir Dalam Pam Tandas
- Pengurus Didakwa Sebab Kematian Anak
- Nurul Nursyawaltie Selamat Ditemui Di Pulau Pinang
- Keadaan sempadan Malaysia-Indonesia Tenang
http://stewardjohn.com/
4 comments:
Hmmm, tulah, lepas belanjawan je, dorg ni selalu sibuk naikkan harga brg, yg menderita.... Kita2 neh.....huhuhu
Biase la lepas belanjawan. mcm ni la... Nak buat mcm mane ek???
Biase la lepas belanjawan. mcm ni la... Nak buat mcm mane ek???
tu yang aku dapat tu....malas nak fikir!
Post a Comment