Monday, October 3, 2011

IRMA HASMIE - JAWABAN YANG DIHORMATI


03/10/2011-12:22am

Salam.
Bila memaafkan seseorang apa yang kita perlu katakan hanyalah "aku/saya memaafkan dia",itu sudah memadai dan tak payahlah menjelaskan apa kesalahan dan kenapa dia /mereka dimaafkan. Kadang2 satu ayat membuat orang kagum dan hormat kepada kita dan kadang2 satu perkataan pun membuat orang memandang rendah pada kita. So, jagalah mulut dan fikir sebelum berkata sesuatu.
___________________

Maaf, ikhlas atau tidak?

02/10/2011



Irma Hasmie


SAYA menghormati Nabil, sebab itu saya takkan datang,” demikian jawapan pelakon Irma Hasmie kala diaju soal apakah dia akan hadir ke majlis pernikahan bekas kekasihnya Nabil, baru-baru ini.
Saya ‘tabik’ dengan jawapan ringkas dan bersahaja yang diberikan Irma.
Kita dapat melihat adanya sisi-sisi keikhlasan dalam penjelasan itu dan Irma juga tidak memperlihatkan ‘kebodohan’ dirinya sendiri kala memberi jawapan kepada persoalan yang kadangkala boleh memerangkap, kalau tak kena dengan caranya.
Irma juga memberitahu, pada ketika ini dia masih menjalinkan hubungan yang baik dengan keluarga Nabil. Jadi, dia tidak mahu hubungan yang baik itu retak hanya kerana satu sebab yang tak munasabah.
Lalu saya teringat cerita yang sudah berlangsung hampir 10 tahun lalu.
Bagaimana seorang pelakon popular membisikkan ke telinga saya “Waktu I tengah gembira bersanding, bekas suami I datang, siap menepung tawar, habis hilang mood I nak bersanding.”
Itu pengakuan jujur pelakon berkenaan kepada saya. Katanya dia menjemput bekas suami kerana tidak mahu dikatakan membelakangkan lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya itu, tetapi dengan harapan dia tidak hadir. ‘Ajak-ajak ayam’ sajalah ni.
Sebaliknya bekas suami hadir dan sebagai insan biasa, dia masih terkesan dengan kehadiran itu.
“Nanti kalau tak jemput, orang kata kita ni bermusuh pula. Bila jemput tu, harap dia tak datang. Tetapi dia datang juga dengan muka selamba, geram jugalah I,” kata pelakon itu lagi.
Justeru, pilihan Irma Hasmie untuk tidak menyertai majlis besar Nabil adalah tepat kerana ia boleh memberikan pelbagai pandangan.
Kalau sudah putus tu, eloklah dibuang jauh-jauh saja. Tak perlulah hendak ‘terhegeh-hegeh’ muncul di depan mata, nanti orang fikir kita ni penyibuk saja atau saja-saja hendak mencari publisiti.
Pelakon Abby Abadi juga tidak menghadiri majlis pernikahan bekas suaminya, Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang gegak gempita itu.
Pun, Abby memberikan restu dengan cara menghantar dua anaknya, untuk bersama-sama meraikan hari bahagia Norman di kampung Memey pada minggu lalu.
Kita melihat kejujuran dan keikhlasan hati Abby di situ. Bagaimanapun keadaan berubah apabila pelakon jelita itu mula memberikan pelbagai komen yang pada pandangan banyak orang agak sensitif.
Ramai peminat mula memarahi Abby kerana memberi gambaran buruk kepada Norman terutamanya menjelang hari pernikahan.
Banyak yang mempersoalkan kenapa Abby tergamak untuk menghantar mesej ke laman sosial sambil meminta supaya Norman membayar hutang hantaran pernikahannya dahulu, pada hari ketika Norman mahu menjabat tangan tukang nikah?
Ada yang cakap seolah-olah dengan sengaja cuba mengaibkan bekas suami, entahlah.
Pun dari sisi lain, saya faham, Abby berada dalam tekanan yang dahsyat sebelum ini dan dia sudah tidak kisah apa pun yang mahu orang perkatakan ketika ini.
Apa lagi ditinggalkan pada ketika anak-anak masih kecil, Abby melayan kehidupan dengan sendu dan airmata. Justeru, kebanyakan peminat menyebelahi Abby dan membenci Norman gara-gara keadaan itu.
Pun dengan tingkah Abby akhir-akhir ini, banyak yang sudah mula mempersoalkan, apakah Abby memang belum memaafkan bekas suaminya itu?
Kalau ya pun mahu meminta hutang , tidak adakah cara lain? Kenapa tidak kemukakan saja kepada pihak mahkamah? Kenapa memilih pada hari bahagia Norman? Bukankah membuka aib orang itu tidak elok? Tidakkan Abby risau kelak hari, aib sendiri bertebaran di muka bumi?
Kerana kesilapan yang sedikit, orang yang menjadi kawan kita pada hari ini boleh menjadi musuh pada hari esok. Lebih baik kalau Abby diam-diam saja dan buat hal sendiri, terutamanya buat masa sekarang. Orang pun akan terus hormat dan sayang kepada Abby kalau kekal dengan sikap tenang seperti itu. Jangan marah ya Abby di atas teguran yang penuh dengan kejujuran ini. Selamat beristirehat.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1002&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm

________________End

0 comments: