Saturday, October 15, 2011

JOHAN (RAJA LAWAK) BERJAYA TAWAN 3JUTA PENONTON MELALUI ADISI KHAS

15/10/2011- 04:52am
Salam.
Memang Adisi Khas nie terbaekkk! Relax dan yang paling bagus ia ada mesej yang hendak disampaikan. 
Salah satu babak dalam Adisi Khas:
____________________
‘Edisi Khas’ Johan (Raja Lawak) Cecah 3 Juta Penonton

PETALING JAYA: Pelakon Johan (Raja Lawak) berkongsi perasaan gembira apabila program lawak Edisi Khas mencatat rating lebih 3 juta penonton semenjak disiarkan di TV3 pada 7 Jun lalu. Ia menemui penonton setiap Selasa, pukul 10 malam.
Program tersebut melibatkan Johan bergandingan dengan pelakon-pelakon lain seperti Almy Nadia, Along Raja Lawak, Saiful Apek, Ropie (Cecupak), Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Acong (Sweet Child).
“Disebabkan program ini telah mencecah lebih 3 juta penonton, kami akan menjalani penggambaran musim kedua Edisi Khas tidak lama lagi.
“Selain itu, saya mendapat tahu program ini akan dicalonkan dalam Anugerah Skrin 2011,” katanya kepada mStar Obnline.
Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar “Fifi Fairuz Fuyoo” yang akan memperkenalkan tiga segmen lakonan dalam setiap episod.
Antara topik yang dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan untuk mengambil hati kekasihnya.
Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada ah long (peminjam wang) dan juga isu kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing.
Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk rasuah, peminta sedekah, mat rempit, pengurus wanita yang bersikap bossy, haruan makan anak dan kepercayaan tahyul.
Menurutnya, program itu berjaya mungkin disebabkan penonton gemar melihat lawak yang bersahaja dan menghiburkan.
“Mungkin kelebihan saya untuk meniru gaya orang lain seperti yang ditonjolkan dalam Edisi Khas sebelum ini menjadi salah satu tarikan untuk penonton menyaksikan program tersebut.
“Bagaimanapun, masih ada satu lagi selebriti iaitu Eric Leong yang menyebabkan saya sukar untuk meniru gaya dan cara percakapannya,” ujarnya lagi yang baru selesai menjalani penggambaran drama 13 episod Super Lawak untuk Astro.
Dia juga berkongsi perasaan terujanya apabila slot kelolaannya di radio Era FM mendapat sambutan hangat.
Johan mengendalikan slot pada setiap Sabtu, pukul 7 hingga 11 pagi bersama-sama Reza manakala pada Isnin hingga Jumaat, pukul 9.50 pagi dia akan muncul denganSketsa Johan.
“Saya hanya berbual dengan pendengar sementara penyampai lain perlu membantu saya daripada segi teknikal.
“Saya juga perlu membawakan karakter seperti Mak Jemah dan Ah Chai mengikut permintaan pendengar,” cerita Johan.
______________________________End
CERITA BARU

0 comments: