Sunday, November 20, 2011

9 JAM DIBATALKAN/KITA TIDAK HARUS BEBANKAN GURU-TPM

20/11/2011-06:07pm

Salam.
Nampaknya BOSS terpaksa tunduk pada pekerjanya.....apapun ada benarnya tugas guru adalah istimewa terutama dari pandangan ISLAM....namun keistimewaan itu akan lebih bermakna jika ditambah dengan pengorbanan guru (jika ia dianggap beban lupakan saja).Jika tugas guru tidak dibebankan maka ia bukan guru...jadilah guru hanya pekerja di sekolah ...apapun guru tak perlu dipersalahkan kerana semua ini adalah ketentuan Illahi dan masa telah mengubah segalanya, jangan bezakan guru dulu dan sekarang kerana murid dulu dan sekarang pun tak serupa,ibu bapa dulu dan sekarang pun tak serupa...harung sajalah sebagai mentimun..pangkah apa yang betul tapi tak semestinya semua dapat diperbetulkan. Buat guru (muslim) asal apa yang kamu buat halal,diberkati dan tidak menyeleweng / menipu dalam tugas sudah cukup...Allah akan memberkati kamu!
Guru aku paling best: MS HO...ajar aku maths lepas sekolah 2 jam tanpa bayaran....tiap2 hari selama 3 bulan (Isnin - Khamis)

_____________________

Batal kerja 9 jam


2011/11/20

Tugas guru istimewa, berbeza: Muhyiddin

LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakhiri persoalan dan kebimbangan kira-kira 500,000 guru apabila mengumumkan pembatalan program rintis pengajaran sembilan jam yang dijadual dilaksanakan di Pahang, Johor, Melaka serta Sarawak, tahun depan.


Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain. - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Batalkerja9jam/Article/
__________________________End

CERITA BARU ELLEN


0 comments: