08/11/2011-12:43am
Salam.
Wahai anakku ..jagalah maruah dan nama keluargamu, janganlah sesekali kau conteng arang ke muka ibu bapa mu. Itulah harapan setiap orang tua....
_____________________
Nabila Jaga Tingkah Laku
KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.
"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.
Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.
Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.
"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya.
______________________End
CERITA BARU
- HALANG MOTOSIKAL DICURI: PELAJAR MALAYSIA DI BUNUH DI INDONESIA
- PELANGGAN BANK CEDERA, PENGAWAL TERLEPAS TEMBAKAN
- PEMANDU PANAS BARAN SEMBUR LADA HITAM
- DIBELASAH TERUK KERANA POTONG GILIRAN
- ISTERI HILANG TINGGALKAN BAYI MASIH MENYUSU
- PEMUDA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA MASUK PARIT DI TELIPOK, K.KINABALU
- ANUGERAH SKRIN 2011: ROZITA CHE WAN ‘ BAJET CUN’
- SIKAP TAMAK DAN BUTA CINTA PUNCA WANITA KENA TIPU
- CADANGAN PTPTN BUKAN MUKTAMAD
- REMAJA 15 TAHUN DERITAI PSORIASIS
- PASANGAN SUAMI ISTERI DI HENTAK KEPALA DALAM KES SAMUN
- TARIKH 11.11.11 MENJADI PILIHAN IBU BAPA
MENARIK! MESTI BACA!
1 comments:
ler, dia ke yg kecoh2 tu... huhuhuh
Post a Comment