Sunday, November 27, 2011

KIM SWEE JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK MALAM INI 27/11/2011

27/11/2011-01:22pm

Salam.
Sentiasa menyokong pasukan negara!

__________________________

Kim Swee janji persembahan terbaik 

2011/11/27

  KIM Swee  (kanan) mengendalikan  sesi latihan persiapan  bertemu  Bahrain di Padang MSN Bukit Jalil, kelmarin.
KIM Swee (kanan) mengendalikan sesi latihan persiapan bertemu Bahrain di Padang MSN Bukit Jalil, kelmarin.


Harimau Muda mesti menang untuk hidupkan impian beraksi di London tahun depan

PERKATAAN rehat bagaikan tidak wujud dalam kamus Ong Kim Swee, baik ketika mengendalikan skuad Bawah 23 mahupun Olimpik negara, tetapi tempoh tiga hari selepas perlawanan kelayakan Olimpik menentang Syria Rabu lalu dirasakan cukup bermakna buat jurulatih 40 tahun itu.

“Pemain kini lebih cergas tetapi masih belum 100 peratus pulih manakala beberapa pemain diragui sama ada dapat diturunkan atau tidak untuk menentang Bahrain esok (hari ini),” kata Kim Swee dalam sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya, semalam.
“Keadaan Muslim (Ahmad), Irfan (Fazail) dan Syahrul (Azwari Ibrahim) hanya akan dapat dipastikan selepas sesi latihan petang ini (semalam). Ini perlawanan penentuan dan walaupun tanpa mereka, saya perlu memastikan kita mengutip tiga mata untuk membuka kembali peluang.
“Memang kebanyakan pemain masih letih selepas mengharungi saingan Sukan SEA di Jakarta bulan ini dan kemudian terus bertemu Syria, tetapi tempoh tiga hari ini memberi kami cukup ruang untuk bernafas.

“Kedua-dua pasukan tewas pada dua perlawanan sebelumnya dan tentunya pertemuan ini menjadi penentu siapa yang bakal menjadi penghuni tangga tercorot, sekali gus melupakan impian beraksi di London tahun depan.”

Ditanya peluang menundukkan Bahrain, Kim Swee berkata; “Pasukan dari Timur Tengah tidak banyak bezanya, dan daripada perlawanan menentang Jepun, saya lihat Bahrain mempunyai kelebihan kemahiran individu, teknik yang bagus serta kelajuan. 

“Walaupun kita masih tidak dapat turun dengan kekuatan sebenar terutama di bahagian depan, saya berharap Thamil (Arasu) dapat memainkan peranannya sebagai penyerang manakala Nazmi (Faiz Mansor) bertindak sebagai penyerang sokongan.” 
“Saya tidak kira siapa yang menjaringkan gol, asalkan kita dapat mengutip tiga mata. Harapan peminat tinggi untuk melihat skuad Olimpik menang dan saya berjanji cuba memberikan persembahan terbaik kepada mereka.”

Malaysia dan Bahrain masing-masing tewas dua perlawanan menentang Syria dan Jepun dalam saingan Kumpulan C dan memerlukan kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini untuk menghidupkan kembali peluang memburu tempat ke Olimpik 2012.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KimSweejanjipersembahanterbaik/Article/
________________________________End
CERITA BARU ELLEN

stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: