26/11/2011-11:53am
Salam.
Nie kat kampung aku nie!
________________________
Maut dipijak lembu
26/11/2011
MALANG...polis membawa mayat Akosetiawan untuk dibedah siasat.
HULU BERNAM: Seorang buruh ladang mati dipercayai dipijak sekumpulan lembu selepas melanggar seekor daripada haiwan berkenaan dalam kemalangan di Jalan Tanjung Malim- Bestari Jaya berdekatan Kampung Gedangsa di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku jam 8 malam apabila mangsa, Akosetiawan Ibon, 27, seorang warga Indonesia menunggang motosikal bersendirian dari pekan Gedangsa ke rumahnya di Kampung Soeharto, dekat sini.
Rakan mangsa, Mohd Irwan Kamaruzaman, 22, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat rakannya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan luka di muka yang turut diselaputi najis lembu.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat rakannya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan luka di muka yang turut diselaputi najis lembu.
“Kami baru bertemu dan minum lewat petang semalam (kelmarin) di restoran kolam pancing Gedangsa. Tidak sangka pula ajal menjemputnya dengan keadaan menyedihkan dan tragik,” katanya.
____________________________________End
CERITA BARU ELLEN
- KANAK KANAK 8 TAHUN MANGSA KORBAN LUBANG DI PPRT RHU TAPAI
- KEJADIAN AIR SUNGAI BERTUKAR MENJADI MERAH PEKAT SEPERTI DARAH DI SUNGAI LIPIS
- ‘DATUK’ LARIKAN 6 TELEFON PINTAR DAN GALAXY TAB DI BUKIT KIARA
- LOGOS HOPE- KEDAI BUKU TERAPUNG DENGAN PILIHAN LEBIH 5,000 BUKU KINI DI KOTA KINABALU
- POLIS TERSEREMPAK MAYAT MANGSA BUNUH SEDANG DI BAKAR
- WARGA EMAS HILANG, JUMPA MAYAT YANG HAMPIR REPUT DALAM LONGKANG
- GARA GARA HUTANG ALONG, PERAS UGUT ISTERI SENDIRI
- TIADA BARANG NAK DI ROMPAK, PINTU RUMAH PUN JADILAH…
visit here:pakar kami:stewardjohn.com(ask anything)
0 comments:
Post a Comment