05/05/2011-03:12am
Salam.
Tahniah pada yang berjaya dan pada pengacara RCW yang baru pertama kali mengacarakan ASK2011 ini (kaku sedikit) namun tahniah kerana tak mengada2,moga maju lagi di masa akan datang!Cool....
______________________
'Sanggul Beracun' dan 'Cun' Ungguli ASK 2011
KUALA LUMPUR: Drama Sanggul Beracun arahan Sabri Yunus berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2011 yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Jumaat.
Drama yang membariskan pelakon-pelakon seperti Erra Fazira, Sabri Yunus dan Namron itu menewaskan empat buah drama lain iaitu Air Mata Salina, Masihkah Ada Sinar, Janji Syurga dan Iqra.
Drama itu turut memenangi kategori Pengarah Terbaik Drama, Lakon TV Terbaik dan Videografi Terbaik.
Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama dimenangi oleh Eman Manan menerusi dramaJanji Syurga, manakala anugerah Pelakon Wanita Terbaik Drama dirangkul oleh Umie Aida melalui Airmata Nur Salina.
Sementara itu, kemenangan Filem Terbaik berpihak kepada Magika terbitan KRU Studios.
Filem Cun berjaya merangkul sebanyak empat anugerah seperti Pengarah Terbaik Filem (Osman Ali) , Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Remy Ishak) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Nadiya Nissa).
Turut memenangi anugerah ASK2011 adalah Pelakon Wanita Terbaik Filem iaitu Siti Shahrizah atau Eja menerusi filem Janin.
Kesemua pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan menerima sebuah trofi.
Trofi disampaikan oleh barisan artis terkenal seperti Shaheizy Sam, Rosyam Noor, Neelofa, Awie, Siti Saleha, Aaron Aziz, Zahiril Adzim dan Johan Asa'ari.
Turut hadir ke majlis berprestij itu adalah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Pengerusi Media Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar.
Acara tersebut telah dihoskan oleh aktres Rozita Che Wam dan Ally Iskandar serta disiarkan secara langsung di TV3.
Secara keseluruhan, ASK 2010 mempertandingkan sebanyak 23 kategori meliputi drama,filem dan penerbitan dalaman.
Manakala jumlah filem yang dipertandingkan kekal tujuh kategori dan enam kategori penerbitan dalaman.
Anugerah Skrin 2011 ini mempertandingkan 17 buah drama iaitu 12 drama rantaian dan lima komedi.
Manakala kategori filem pula 25 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan kali ini.
SENARAI PEMENANG ANUGERAH SKRIN 2011
Kategori Filem
Filem Terbaik: Magika
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Remy Ishak (Cun)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Siti Shahrizah Eja (Janin)
Pengarah Terbaik Filem: Osman Ali (Cun)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nadiya Nissa (Cun)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sidek Hussin (Karak)
Lakon Layar Terbaik Filem: Erhan Baharudin (Aku Tak Bodoh)
Kategori Drama/Drama Bersiri/Drama Komedi Bersiri
Drama Terbaik: Sanggul Beracun
Pelakon Lelaki Terbaik: Eman Manan (Janji Syurga)
Pelakon Wanita Terbaik: Umie Aida ( Airmata Nur Salina)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Allahyarham Faizal Yusof (Jangan Hantar Aku ke Neraka)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elfira Loy (Kum Kum)
Pengarah Terbaik: Sabri Yunus (Sanggul Beracun)
Lakon TV Terbaik : Sabri Yunus ( Sanggul Beracun)
Videografi Terbaik: Sanggul Beracun
Drama Rantaian Terbaik: Juvana
Drama Komedi Terbaik: Geng Surau
Kategori Penerbitan Dalaman
Dokumentari atau Majalah Terbaik: Suatu Ketika
Bual Bicara Terbaik: Selami Jiwa: Datuk Fazillah Kamsah
Rancangan Muzikal Terbaik: Shout Awards 2010: Top 12 Show
Rancangan Hiburan Terbaik: Showdown 2011: Meltdown
Rancangan Realiti Terbaik: Showdown 2011
Laporan Khas/ Berita Terbaik: Buleten Utama - Pengemis Terhormat.
Anugerah Yasmin Ahmad: Syamsul Yusof.
Artis Harapan Pantene: Fazli Daniel Ali (Yang Terpuji)
__________________ASK2011_____________End
CERITA BARU
0 comments:
Post a Comment