Saturday, November 12, 2011

SUKAN SEA 2011 DIRASMI PENUH GEMILANG

12/11/2011-08:52am


Selamat berjaya Malaysia!!!!

more pic:http://busuk.org/ping/view/43727

_____________________

Sukan SEA 2011 dirasmi penuh gilang-gemilang


UPACARA pembukaan rasmi Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi diserikan dengan tembakan bunga api.



UPACARA pembukaan Sukan SEA 2011 berlangsung penuh warna-warni dengan tradisi Palembang dan di- rasmikan oleh Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Kompleks Sukan Jakabaring, Sumatera Selatan malam tadi.
Acara gilang-gemilang itu yang bertemakan Harmony in Victory berlangsung selama tiga jam dengan persembahan kesenian selama sejam membuka tirai di tengah lapangan Stadium Utama Gelora Sriwijaya yang dipenuhi 25,000 penonton.
Persembahan yang penuh dengan tradisi Palembang itu dibahagikan kepada lima babak iaitu The Journey Begins, Musi: The Heart of the City dan Sriwijaya: The Golden Peninsula, yang menceritakan sejarah Kerajaan Sriwijaya serta Merajut Nusantara, dan Meraih Impian.


Penyanyi kecil molek Indonesia, Agnes Monica kemudiannya tampil bergandingan dengan artis Malaysia, Jaclyn Victor dan KC Conception dari Filipina mendendangkan lagu rasmi temasya kali ini,Together We Will Shine.
Ini disusuli dengan perarakan masuk kontinjen negara yang bertanding mengikut abjad Inggeris bermula dengan Brunei, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor Leste, Thailand, Vietnam dan akhir sekali Indonesia selaku tuan rumah.
Kontinjen Malaysia didahului dengan pembawa bendera iaitu penembak negara, Bibiana Ng yang menggantikan Nor Suryani Mohd. Taibi yang tidak menyertai perarakan kerana mempunyai acara hari ini.


KONTINJEN Malaysia berarak pada upacara pembukaan Sukan SEA 2011 di Stadium Utama Gelora Sriwijaya, Palembang malam tadi.



Sebaik Presiden Susilo mengisytiharkan secara rasmi pembukaan temasya kali ke-26 itu, enam bekas atlet Indonesia iaitu Robby Darwis, Pino Bahari, Richard Sam Bera, Winarni, Juana Wangsa Putri dan Emma Tahapary tampil menaikkan bendera Sukan SEA.
Kemuncak upacara pembukaan adalah larian membawa masuk obor yang telah diarak mengelilingi beberapa daerah Indonesia sejak 23 Oktober lalu oleh Alan Budikusuma dan Yayuk Basuki sebelum diserahkan kepada Susi Susanti.
Pernyalaan obor oleh Susi dilakukan cukup unik dan menarik kerana bekas pemain badminton wanita Indonesia yang pernah meraih pingat emas Sukan Olimpik itu diarak menggunakan replika kapal yang diletakkan di tengah padang.
Susi kemudiannya memanjat tangga tali untuk sampai pada tiang kapal sebelum menggunakan flying fox untuk melemparkan lembing yang telah terbakar di hujungnya ke dalam kawah obor temasya.
Upacara pembukaan Sukan SEA ke-26 diakhiri dengan persembahan lagu United & Rising dengan liriknya ditulis sendiri Presiden Susilo dan dicipta Joy Tobing sambil diiringi pertunjukan bunga api.
__________________________End
CERITA BARU ELLEN




MENARIK! MESTI BACA!

0 comments: