Thursday, November 10, 2011

SYAMSUL YUSOF - 17 PENCALONAN UNTUK 2 FILEM ARAHANNYA DI FFM24

10/11/2011-06:00am
Salam.
FFM24 makin hampir...
________________________
Syamsul Yusof Terkejut Dua Filem Arahannya Terima 17 Pencalonan
Syamsul Yusof.
KUALA LUMPUR: Pengarah muda berbakat, Syamsul Yusof tidak menyangka dua buah filem arahannya iaitu KL Gangster dan Khurafat terbitan Skop Productions meraih 17 pencalonan secara keseluruhan sempena Festival Filem Malaysia (FFM24) pada 20 November ini.
Syamsul yang terkejut dengan pengumuman tersebut bagaimanapun bersyukur dan gembira dengan pencalonan tersebut selain menganggap ia sebagai bukti usaha kerasnya dalam menaikkan mutu penerbitan filem tempatan.
"Saya betul-betul tidak menyangka akan menerima banyak pencalonan begitu dan masih terkejut. Bagaimanapun saya bersyukur kerana pihak juri memilih dua buah filem saya dalam senarai pendek ini.
"Menang atau tidak bukan keutamaan saya kerana pencalonan yang banyak ini telah memberikan kemenangan buat saya. Tambahan pula filem lain yang tercalon adalah hebat-hebat belaka," ujarnya ketika ditemui selepas majlis pengumuman lima calon terbaik FFM24 di sini, Selasa.
Antara pencalonan yang diterima oleh kedua-dua filem itu adalah Penyunting Terbaik, Penata Bunyi Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Pembantu Wanita Terbaik, Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia tidak meletakkan sebarang sasaran untuk memenangi sebarang anugerah tetapi jika diberi rezeki di ingin melihat filem KL Gangster menerima penghargaan.
"Filem berkenaan memberi pelbagai kenangan kepada saya kerana kami bekerja sebagai satu keluarga dan terdapat pelbagai momen istimewa semasa pembikinan filem itu," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai pencalonannya dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem KL Gangster, Syamsul berkata dia tidak mengharapkan pencalonan itu tetapi menerimanya sebagai rezeki.
Katanya, dia lebih senang jika pelakon-pelakon daripada kedua-dua filemnya yang tercalon itu menerima pencalonan kerana mereka telah memberi persembahan terbaik.
"Bukan tidak menghargai dengan pencalonan itu tetapi alangkah seronoknya saya jika pelakon-pelakon saya dapat pencalonan tetapi alhamdulilah ada juga yang tercalon untuk kategori lain," ujarnya.
______________________________End
CERITA BARU


MENARIK! MESTI BACA!



0 comments: