04/10/2011-10:54pm
Salam.
Respect dengan KRU kerana kelasnya yang tersendiri!
sial layar untuk aksi2 menarik:Klik link:
________________________
Yusri Guna Khidmat Bomoh Hujan Ketika Penggambaran "Vikingdom"
PUTRAJAYA: Pengarah filem Vikingdom, Yusri Abdul Halim mengakui telah menggunakan khidmat bomoh untuk menahan hujan ketika penggambaran filem tersebut.
Kata Yusri, dia menggunakan alternatif tersebut sekadar salah satu usaha untuk menjalankan penggambaran filem tersebut secepat mungkin.
"Saya tidak percaya tentang perkara-perkara begini tetapi ia hanya hanya satu usaha sahaja untuk kami melakukan penggambaran dengan lancar.
"Alhamdulillah sama ada betul atau kebetulan penggambaran untuk beberapa babak yang dilakukan di luar kawasan berjalan lancar biarpun hujan lebat turun selepas setiap kali selesai penggambaran," katanya ketika majlis memperkenalkan barisan pelakon filemVikingdom, di Marriot Putrajaya, di sini, Khamis.
Filem ini membariskan beberapa pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Crig Fairbrass, Natassia Malthe dan Jon Foo sebagai tunggak utama.
Filem yang dianggap projek bertaraf antarabangsa bagi KRU Studio ini telah menjalani penggambaran hampir dua minggu di beberapa lokasi di Malaysia.
"Kita menjalankan penggambaran di beberapa lokasi di Malaysia yang jarang dilakukan oleh produksi lain seperti di Kelly Castle di Perak.
"Sementara lokasi luar negara hanya dilakukan di dalam studio, kami hanya ada masa hingga 21 November ini untuk pelakon-pelakon ini sebelum mereka pulang semula ke negara mereka," katanya.
Bercerita tentang pengalaman mengarahkan pelakon-pelakon popular tersebut, kata Yusri kesemua mereka memberi kerjasama dengan baik sepanjang di lokasi penggambaran.
"Mereka semua profesional dan datang ke lokasi dengan persiapan yang cukup. Mereka juga banyak memberi idea untuk mencantikkan lagi skrip dan cerita.
"Bagi saya sepanjang tempoh penggambaran ini tiada yang berlagak bagus dan lebih penting adalah hasil depan skrin yang memuaskan," tuturnya.
Filem ini turut menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris dan skripnya ditulis James Coine.
Selain itu, Vikingdom akan menggunakan teknologi terkini, stereoskopik 3D yang pernah digunakan dalam pembikinan filem fiksyen Avatar.
Filem ini dijangka akan berada di pawagam penghujung tahun 2012 atau awal 2013.
_________________Vikingdom_______End
0 comments:
Post a Comment