Salam.
Seronoknya bila wang tak jadi masalah....
___________________________
Ramli MS Berpindah Selepas 10 Tahun Tinggal Di Hotel
Jumaat Disember 23, 2011
PETALING JAYA: Akhirnya, konduktor muzik terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh atau Ramli MS, membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya awal tahun depan selepas 10 tahun menetap di sebuah hotel.
Ramli berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.
"Antara sebab saya tinggal di hotel selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni dan tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.
"Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang," katanya ketika ditemui di hotel penginapan di sini.
Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninnya itu.
Dalam pada itu, Ramli menafikan sekeras-kerasnya bahawa perpindahan tersebut dibuat kerana bakal menamatkan zaman dudanya dalam masa terdekat ini.
"Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin dalam buat masa ini.
"Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti," selorohnya.
Bercerita mengenai cara hidupnya sepanjang 10 tahun menetap di hotel, tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel berkenaan melayannya dengan baik.
"Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.
"Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hotel. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik. Mungkin selepas berpindah nanti saya akan rasa perbezaannya.
"Lebih-lebih lagi dari segi penjagaan dan sekuriti rumah. Harap-harap saya dapat menguruskannya dengan baik," kata Ramli.
_________________________________________End
CERITA BARU ELLEN
- MAYAT LELAKI TERAPUNG DI SUNGAI DISANGKA BANGKAI ANJING
- CINTA BARU JIMMY SHANLEY
- ELFIRA ROY DAN RANDY PANGALILA BERCINTA MELALUI FACEBOOK?
- CHEF WAN ENGGAN BERSEMUKA DENGAN ADLIN AMAN RAMLIE
- ISU PERKAHWINAN LELAKI GAY DI DUBLIN: “SAYA SELAMAT, TIDAK HILANG DAN MASIH BERAGAMA ISLAM”-ARIFF ALFIAN
- SENARAI PESERTA RAJA LAWAK MUSIM KE6|CIF KECIK DAN CIF BESAR DALAM RL6
- PM SETUJU SBPA DITANGGUHKAN – DATUK OMAR OSMAN
Post Terkini Belalang
- AC Mizal Terima Gelaran Datuk Dari Sultan Pahang
- Adlin vs Chef Wan | Chef Wan Enggan Temui Adlin
- Dirogol Abang Ipar Hingga Hamil Empat Bulan
- Rogol & Ugut Sebar Gambar Bogel | Lelaki Dipenjara 7 Tahun
- Dua Beradik Terpaksa Khatan Semula
- Kerani Bank Maut Ditikam 15 Kali
- Cara Semak Keputusan PMR 2011 Melalui SMS
- Gambar Duit Baru Malaysia 2012
- Latif Ibrahim Kritikal Di IJN
1 comments:
perghh..... 10 taun tu...huhuhuhu....
sonok kan bila tinggal kan bilik, ada org kemas, mop bersih sume...heheheh
Post a Comment