Sunday, December 25, 2011

CLASS OF '84...HARAP AKU ADA PELUANG LAIN KALI

25/12/2011-12:32pm
Salam.
Sepatutnya aku berada bersama2 rakan2 sebayaku di Tahun 1984 kini...namun apakan daya kerana ada perkara lain yang membuatkan aku terpaksa membatalkan hasratku untuk ke perjumpaan semula (reunion) itu.Sememangnya saat2 ketika sekitar 1984 itu adalah saat indah dan memang tak dapat dilupakan oleh ku. rasanya jika ada time machine mahu aku kembali ke sana.
Keseronokkan itu kami harungi bersama,gelak ketawa bersama,bergurau senda,tepuk tampar dan mengharungi berbagai kegembiraan dan kepayahan. Masa itu orang tua kami taklah sesenang mana. Mungkin zaman persekolahan kami tak dibelenggu masalah membayar itu dan ini,segala2nya free dan yang perlu kami tunaikan hanyalah belajar dan belajar...itu mungkin penyebab  zaman persekolahan amat indah...pastinya bagi hampir semua orang!
Apapun harapan pada mereka yang berjumpa di Klang Sentral hari ini agar bergembira dan berilah peluang kedua buat aku satu hari nanti...InsyaAllah aku pasti datang...Buat Meah,Faridah,Gonjeng,Azmi, Azmi AW,Hasrin,Rafi dan sesiapa saja di sana...betapa aku di sini terkilan tak dapat hadir...harap korang faham....salam hormat! 


Gambar yang paling aku suka..aku belakang cikgu

aku pakai tali leher ..KP ler

aku sentiasa di belakang cikgu..huhu

aku sesatunya murid lelaki

aku paling tinggi (dalam gambar)

aku antara H dan A

Itulah antara nostalgia kami.......sesungguhnya ia masih kekal dalam ingatan walaupun tak semuanya...atas faktor usia..Salam buat rakan2ku yang sedaerah denganku,sekampung denganku..
(stok gambar dari fb)

____________End__________




visit here:pakar kami:
stewardjohn.com(ask anything)

0 comments: