Thursday, December 1, 2011

HEY! COME ONLAH.....ORANG DAH NAK KAWIN DAH...CERITA LAMA TU WEH!

01/12/2011-10:50pm

Salam.
Sessi lepas tension jap..
Kenapa manusia muslim tak takut pada perbuatan yang menyebabkan dosa2 besar....sanggup memfitnah,memburukkan keadaan dan menjatuhkan maruah. Pelik....tak hairanlah jika seorang yang terpelajar (ex:proff) melanggar lampu merah kerana hendak cepat, tak hairanlah penagih dadah membunuh kerana dadah itu mempengaruhinya, tak hairanlah kenapa orang membuang bayi hingga akan ada usul satu hari nanti..selain plastik,metal dan kertas akan ada satu lagi bakul re-cycle tertulis "bayi atau baby' mesti disediakan...tapi yang hairannya kenapa perlu kita membuat dosa2 spontan sebegini (rujuk artikel) atas alasan seronok, cemburu dan sikap suka mengenakan orang,mungkin...tak terpelajar sungguh kita...kan dosa besar tu...dosa memfitnah ++A1...banganglah perkara2 macam nie diambil mudah ...mana letaknya Nur Islam kita...boleh maju ker kita....sekeh kang!
‘Saya dah nak kahwin’
__________________________

‘Saya dah nak kahwin’

01/11/2011
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang 
SHIDA...tidak teragak-agak ambil tindakan undang-undang

KUALA LUMPUR: Penyebaran gambar terbaru membabitkan Khairul Fahmi Che Mat, 21, atau Apek dengan seorang gadis di Internet sejak Sabtu lalu, membuatkan gadis yang dikaitkan dengan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu dihujani pelbagai tohmahan.
Berikutan itu, gadis terbabit, Nor Hashidah Harmi, 23, atau lebih mesra dengan panggilan Shida mengadakan pertemuan dengan Harian Metro, semalam bagi menjelaskan keadaan sebenar sambil ditemani ibu bapanya, Shamsinar Basrun, 46, dan Harmi Ramli, 46.
Shida berkata, penyebaran gambar itu mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya serta keluarga, tambahan pula tidak sampai dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hati, Mohd Danial Adnan, 24.

“Gambar itu pada mulanya dipaparkan sebuah blog. Berikutan itu, sejak Ahad lalu, saya menerima gangguan daripada peminat Apek yang memberi komen di ruangan blog itu, malah ada yang menghubungi saya dengan menghamburkan kata-kata kesat serta penghinaan.

“Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saya disabit dan dituduh tidak pandai menjaga anak. Mujur orang tua saya memahami termasuk tunang kerana mereka tahu itu gambar lama,” katanya.


___________________________________________End
CERITA BARU ELLEN

1 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Hmmm, yg lepas2 tu dah la, bukak buku baru, kekdg, KFCM ni xde bende, yg peminat tu tukang sibukkk