Wednesday, December 28, 2011

JUE AZIZ BERANG

28/12/2011-12:18am

Salam....
Kadangkala orang akan lebih menghormati kita jika kita mengaku kesalahan  daripada kita menegakkan benang yang dah basah.

___________________________________

Ini tidak adil!
2011/12/27




Foto



Bengang dianggap tidak berdisiplin

ARTIKEL bertajuk Jue Aziz tidak berdisiplin? yang disiarkan dalam Hip pada Khamis lalu benar-benar menyentap perasaan pelakon ini.
Ia sangat mengejutkan dirinya. Dakwaan sebagai pelakon tidak berdisiplin benar-benar mengecewakan.
Menatap setiap baris ayat yang tertera pada artikel itu, ternyata mengguris perasaan Jue Aziz atau nama sebenarnya Juliana Aziz. 

Sukar untuk digambarkan betapa sakitnya hati selepas membaca dakwaan penerbit teater Se-Merah Padi iaitu Megat Mohd Noor Salleh Ghani atau Keno yang mendakwa dia sebagai pelakon yang bermasalah kerana sering ponteng daripada sesi latihan pementasan itu.

Jue mendakwa, dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pelakon teater itu kerana setiap kali diminta hadir ke sesi latihan, dia pasti muncul. 
Kenyataan Jue ini menimbulkan persoalan. Siapa sebenarnya yang berkata benar? Kalau betul hadir menjalani latihan dengan penuh disiplin mengikut jadual ditetapkan, mengapa pula Keno sebagai penerbit dan krew lain mengadu dia sering ponteng? 
Apapun Jue Aziz tetap mempertahankan dirinya dengan menafikan dia tidak komitmen atau menunjukkan kesungguhan terhadap teater itu. Menganggap dirinya sebagai tidak mahu membuat kecoh, Jue juga cuba mengaitkan beberapa pelakon lain dalam teater itu yang didakwanya tidak hadir menjalani latihan seperti yang dijadualkan. 

Malahan Jue juga mendakwa tidak sepatutnya dianggap sebagai pelakon tidak berdisiplin hanya kerana tidak hadir membuat latihan selama empat hari. Namun begitu, dia tidak pula memberi alasan mengapa tidak hadir untuk latihan selama tempoh itu. 

“Selama ini saya hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu membuat kecoh. Namun selepas membaca kenyataan Keno yang mengatakan saya sebagai artis tidak berdisiplin, itu yang membuatkan saya bersuara mempertahankan diri saya. Saya tidak pernah mengabaikan komitmen saya sebagai pelakon teater itu. 

“Takkanlah hanya kerana saya tak datang empat hari, saya terus didakwa sebagai tidak berdisiplin dan menyusahkan produksi. Saya tak datang latihan adalah disebabkan masalah kesihatan dan saya ada memaklumkan mereka mengenai ketidakhadiran saya itu pada mereka.

“Apabila tiba-tiba muncul berita mengatakan tidak memberi komitmen sepenuhnya, ponteng sesi latihan, itu yang membuatkan saya marah. Mengapa orang lain yang tidak datang latihan berhari-hari dan memberikan alasan tidak masuk akal, tidak dicanangkan kepada wartawan?

“Apa tujuan mereka berbuat begitu? Di depan saya cakap lain, belakang macam-macam dia tuduh saya? Sungguh tidak profesional,” luah Jue ketika dihubungi Hip Jumaat lalu.

Menurut pelakon drama bersiri Nilapura ini, seboleh mungkin dia tidak mahu menyusahkan atau memburukkan mana-mana pihak. Namun, terasa sia-sia apa yang dilakukannya selama ini apabila susu yang diberi, tuba yang dibalas. 

“Tak perlu nak pertikaikan komitmen saya. Sewaktu awal-awal sesi latihan dulu, saya adalah antara pelakon yang kerap datang latihan. Bagi saya itu adalah penting untuk memahami watak dan menimbulkan keserasian.

“Namun apa yang berlaku adalah, saya tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dan fokus pada watak disebabkan sesi latihan sering berlangsung tanpa pelakon yang lengkap.

“Bila perkara seperti itu kerap berlaku, siapa yang patut dipersalahkan? Janganlah hanya kerana saya tak datang latihan, terus hendak menuding jari ke arah saya? Terasa seperti dianiaya apabila pihak produksi memperlakukan saya sebegitu,” jelasnya lagi.

Tegas Jue lagi, jangan ingat dia sebagai pelakon baru, produksi boleh buat apa saja termasuk meletakkan kesalahan orang lain di bahunya.

“Bila pelakon buat silap, cepat saja mereka nak hebahkan pada wartawam.Tapi produksi sendiri yang kelam kabut dan pengurusan yang tidak profesional, tidak pula mereka cerita,” kata Jue.

Sepanjang perbualan menerusi telefon, Jue kedengaran sering batuk-batuk kecil menandakan dia memang tidak sihat.

Ditanya mengenai pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri atau Abby Nadzri yang dikatakan bakal menggantikannya dalam pementasan itu, Jue memberitahu dia sendiri tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

“Itu juga satu persoalan buat saya kerana saya sendiri tidak tahu status saya. Adakah saya yang akan berlakon dalam pementasan itu ataupun digantikan dengan orang lain kerana sepanjang latihan di Istana Budaya, saya lihat Abby yang banyak berlatih dan saya disuruh duduk di depan pentas menyaksikan mereka berlatih,” katanya lagi.

Selain Jue yang sepatutnya memegang watak Dara, teater yang memulakan pementasannya sejak malam Sabtu lalu turut membariskan pelakon seperti Khir Rahman, Fauzi Nawawi , Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Teater yang sebahagiannya diadaptasi daripada filem Semerah Padi karya Tan Sri P Ramlee itu diarahkan oleh Rosdeen Suboh ini akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya sehingga 31 Disember depan. 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Initidakadil_/Article
________________________________________EnD

CERITA BARU ELLEN


0 comments: