Tuesday, December 13, 2011

WAHAI ANAKKU..LUAHAN RASA RINDU!

12/12/2011- 04:40am

Salam.......
Wahai anakku....aku telah memberi kamu kunci untuk kamu melangkah ke Syurga,aku telah memberi kamu selorong jalan untuk kamu dimuliakan di dunia,aku telah cuba menjadikan kamu sebaik mungkin agar kamu mulia seterusnya di sisiNYA,bangkitlah dari segala kesulitan dan kepayahan,percayalah betapa pentingnya Al Quran dalam diri setiap Muslim,percayalah  tiada apa yang lebih baik dihafal.dikaji selain Al quran...moga kamu berjaya di sana (kerana ia pilihan kamu)..aku (abah) akan setiasa mengiringi,mendoakan dan akan sentiasa membantu...wahai anakku,coretan ini adalah lantaran rasa rindu berpisah denganmu kerana kita tak pernah berpisah (selama ini) sebelum ini....agar kamu dapat apa yang kamu ,aku dan  kita impikan...agar kamu dapat menggunakan kunci ini sebagai langkah membuka Al Jannah kerana apakah yang lebih baik dari itu yang dapat aku berikan (usahakan), hanya pilihan terletak padamu..Selamat berjuang anakku!
______________________________________________

AL QURAN SEBAGAI PEMBELA

AL-QURAN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

14 Muharram 1431H
Email : Sal Am

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W
telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari
Al-Quran, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu
tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah
S.A.W : “Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat
nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana
di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya,
" Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan
menjawab : "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu
cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu
juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu : "Adakah kamu 
Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah 
membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan 
kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas 
kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak 
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya 
bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami 
tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari 
Al-Quran."
______________________End
CERITA BARU ELLEN:

5 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Ameennn....... Anak merantau jauh ye soy?

cik panadol said...

Amin...seorang bapa mesti akan doakan yg terbaik utk anak dia...moga anak abg berjaya dunia akhirat.... :)

Rain said...

kasih seorang ayah..

didikan dan harapan seorang ayah kepada anak.

isYAllah semoga seperti yang diharapkan.

::terima kasih untuk perkongsian. penambahan ilmu.

amirasyraf said...

AMIN2
anak belajar kat mana soy??

Jom terjah FBI
http://www.ifaceblog.co.cc/
komen,like and kalau boleh follow (kalau sudi) thanks
lub u!

ASSOYFINGER67 said...

Thanks 4 all supports!Thanks...
Qist:kat klang jer(senyum)