Sunday, August 11, 2013

FENOMENA HUJAN METEOR DI RUANG ANGKASA MALAYSIA MALAM ESOK (11 MALAM - 6 PAGI (SELASA)-2013)

11/08/2013-09:09pm

Assalam....
Amat menarik ....pasti jangan lepaskan..alamak kamera dah rosaklah.(pernah iseriku melihat fenomena begini tak silap 5 atau 6 tahun lepas pada 25 Ramadhan (masa tu aku tidur)...

WATCH LIVE: Perseid Meteor Shower 2013

>>LINK

Hujan meteor di ruang angkasa Malaysia malam esok

2013/08/11

KUALA LUMPUR: Fenomena pancuran meteor Perseid daripada buruj Perseus dijangka dapat dilihat di ruang angkasa negara ini malam esok sehingga subuh pada hari Selasa. 

Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), 
Mhd Fairos Asillam, berkata pancuran meteor Perseid antara paling menarik kerana cahayanya terang dan boleh dilihat dengan mata kasar di kawasan lapang. 
Hujan meteor Leonid 2012


"Pancuran meteor berlaku apabila bumi melintasi laluan komet dan menyebabkan 
debu-debu komet ini terbakar apabila memasuki atmosfera bumi. 

"Bagi pancuran meteor Perseid, ia berlaku kerana bumi melintasi laluan 
komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus lebih kurang 26 kilometer," 
katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. 
Beliau berkata, apabila komet itu semakin menghampiri matahari, ia juga turut 
melintasi orbit bumi dan meninggalkan debu-debu komet sepanjang perjalanannya. 

"Debu-debu inilah yang akan memasuki atmosfera bumi dan menghasilkan 
pancuran meteor yang dapat dilihat dengan mata kasar," katanya. 

Beliau berkata, waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas 
bulan terbenam bermula 11 malam. 
________________________EnD

0 comments: