Wednesday, February 10, 2010

chapter 2 - Suatu Ketika ......


Sebuah rumah kecil yang di sekelilingnya hanya tunas-tunas nangka,kelapa,rumput-rumput yang seakan mati segan,hidup tak mahu disulami dengan lalang yang menghijau.Jauh di sana kelihatan Banjaran Titiwangsa berlapis mengelilingi kampungku yang ketika itu di kenali sebagai Felda S (Ia diberi nama sempena lawatan Presiden Indonesia pada masa itu ke sini). Seringkali terdengar bunyi letupan nun jauh di dalam hutan.Masa itu kerajaan masih bergelut dengan PKM (sekitar 1970-1972).
Berbalik pada ingatanku...padaku aku masih boleh mengingati seawal umurku antara 5 tahun. Aku masih ingat bagaimana kakakku membuaiku dalam buaian rotan yang agak besar (lebih kurang 3 kaki,berbentuk seperti perahu)ke arah tingkap dapur. Kelihatan di hujung sana (belakang rumahku)semak yang tinggi meliar. Di sebelah kanan rumahku ada dua tingkap dan disebelah kirinya bilik mandi yang sempit.Auahhhhh(mengantok ..tidur dulu esok sambung kalau panjang umur 9/2/10-12.29pm)
11/2/10-11.52pm.Suasana Tahun Baru Cina mula dirasai....dekat taman permainan bersebelahan rumahku kelihatan ramai budak-budak cina bermain mercun.Malam ini cuaca agak panas....rasanya kurang selesa sedikit...Dulu,kembali pada ketika kanak-kanak aku masih teringat lagi bagaimana abah menggali perigi di belakang rumah kami untuk mendapatkan sumber air bersih. Pada masa itu air paip belum disambungkan rumah ke rumah. Yang ada hanya sebatang pili air di tepi jalan,untungnya bagi kawasan itu ia betul-betul di depan rumahku. Maka ia digunakan secara bergilir-gilir.Sesungguhnya pembangunan pada masa itu baru dicetuskan oleh Bapa Pembangunan Negara Tun Abdul Razak.Terimakasih padanya dan syukur pada Allah SWT yang menggerakkan Tun Abdul Razak dalam memperjuangkan nasib orang Melayu (kadang-kadang airmata mengalir mengingatkan pengorbanannya yang tiada toloktandingnya...sampai kini). Berbalik pada perigi di belakang rumahku....mak akan membawa aku mandi seawal pagi dan sebelum azan maghrib.Teringat aku daun maman tumbuh meliar di atas perigi itu (sedap buat masak lemak cili api dengan ikan kembung).Pernah suatu ketika aku hampir mati jika emak tak menyelamatkan aku yang terjatuh ke dalam perigi kerana leka.12.16am 12/2/10.
9.38pm-15/2/10.Mak dan abah memang banyak berkorban demi kami.Abah adalah seorang peneroka Felda seawal 1960an dan Felda S ini antara yang tertua di Selangor dan Malaysia.Memang tidak dapat dinafikan yang hidup kami pada masa itu boleh dikatakan serba kekurangan dan naif namun dengan bantuan Felda dan tanpa air,api letrik dan jalanraya yang berturap tar kami masih boleh menikmati hidup yang ceria tanpa rasa bosan.sebetulnya di mindaku aku tak pernah terasa keperitan hidup kerana apa yang abah dan makku sediakan pada masa itu amat cukup dan selesa buatku.Mungkin pada masa itu aku masih kecil dan tak pernah tau apa itu kesukaran hidup,apa itu tanggungjawab abah dan emak dan bagaimana hidup ini sebenarnya.Apa yang ku tahu hanya makan,minum dan bermain sahaja. Pernah mak ceritakan yang abah pernah mengayuh basikal sejauh 20 batu untuk bekerja di kawasan pembalakan hanya untuk menampung belanja lauk kami. Dari cerita itu tak dapat aku bayangkan kessusahan abah dalam mengharungi hidup di Felda S ini.(Al Fatihah untuk abah yang tersayang)
Lupa aku ceritakan apa yang kuingat lagi.....maklumlah zaman kanak-kanak, segala memoriku bercampur baur tak tersusun rapi di mindaku. Seingat aku abah telah menerangkan rumah kami (menerangkan semak samun dan rumput dan pohon meliar). Aku masih ingat lagi betapa indah dan kemasnya keliling rumah kami. Ada rumput menghijau di sekelilingnya.Di belakang rumah abah menanam pokok kelapa yang sampai sekarang masih hidup. Abah juga menanam pohon nangka, chempedak dan membuat batas ubi kayu. Didepan rumah ku abah juga menanam 2 benih nangka.Ohhh...lupa pula dengan tebu yang abah taman di belakang rumahku. Abah juga membuat reban ayam yang di pagari sekelilingnya dengan dawai mata punai seluas 15' x 15'. Abah membela ayam "bulu balik"(kerana bulu ayam itu kelihatan terbalik). Jika orang lain memanggil ayamnya dengan laungan(cara mengumpulkan ayam peliharaan bila ingin memberi makan) "kroooo" mak pula memanggil ayamnya "kudik-kudik". Itulah juga yang membezakan ayam kami dari orang lain dan ibu membela ayamnya hingga amat jinak semuanya dan senang di tangkap. Ingin ku ceritakan juga ketika itu bila ibu memasak lauk ayam kari aku rasa seperti di bawa ke restoran five star oleh mak (sedapnya!).10.30pm-15/1/10

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

Kg soeharto tu kt mana soy? Klang ek?

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;Kg Soeharto nie nama lainnya ialah Sg Dusun..ia dulunya Felda Soeharto...2obatu dari Tg malim/Ulu Bernam. Betul2 Hulu Selangor...terperuk di dalam ...dikepit Kg Gedangsa dan Sg Tengi ,gitulah ceritanya