Wednesday, October 20, 2010

JEREBU DI MUAR.........BAHAYA......!

20/10/10-10:28pm
Bila disebut jerebu...masing2 fikir asap....sesak nafas,batuk2 dan keadaan menjadi suram dan berkabus.
Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui status kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
Nilai IPU
Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya
Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

Sedikit-sebanyak mengenai jerebu...so..jangan pandang rendah pada jerebu...nanti blog korang pun boleh tergendala...pada blogger2 sebelah Muar,Johor dan Melaka harap dapat menjaga kesihatan dan bersiap sedia pada sebarang kemungkinan...jangan berjogging pada masa jerebu...blogging tak per....!Apa pun marilah kita berdoa kepada Allah agar semua ini tak berlarutan..k!

Petikan dari:(20/10/10)

Bilik gerakan jerebu dibuka di Muar


MUAR: Bilik gerakan jerebu dibuka di daerah ini berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sekitar kawasan itu mencatat bacaan 432 iaitu mencapai tahap berbahaya.
Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Muar berkata, jawatankuasa yang turut dianggotai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan itu akan menyelaras tindakan yang perlu dibuat mengikut pelan tindakan yang ditetapkan bergantung kepada situasi semasa.

"Catatan IPU pada tengah hari ialah 432. Kami akan memantau keadaan kualiti udara dan bacaan IPU setiap jam," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, orang ramai dinasihat memakai topeng penutup mulut ketika berada di luar rumah atau bangunan bagi mengelak mengalami masalah kesihatan.
"Kita juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Jabatan Kesihatan, Jawatankuasa Bencana Daerah bagi memantau keadaan terkini di Muar," katanya.

Beliau berkata, ketika ini hanya ada satu pusat peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Muar tetapi keputusan sama ada untuk meneruskan peperiksaan itu esok bergantung kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri Dr Robia Kosai berkata belum ada laporan penyakit berkaitan jerebu diterima pihaknya setakat ini.

"Keadaan masih terkawal. Kami menasihatkan orang ramai terutama yang menghidap penyakit berkaitan paru-paru seperti lelah supaya tidak keluar dari rumah ataupun memakai topeng muka bagi mengelak terdedah kepada habuk," katanya.

Robia berkata, buat masa ini pihak sekolah tidak digalak mengadakan aktiviti di luar bangunan.

Pengerusi Persatuan Nelayan Melayu Parit Jawa, Zainal Abdul Jalil pula berkata sebuah bot nelayan hampir berlanggar dengan kapal dagang apabila tidak dapat mengesan kehadiran kapal berkenaan disebabkan jarak penglihatan yang terhad.

"Kebanyakan nelayan menggunakan GPS (peranti sistem kedudukan global) bagi membolehkan mereka pulang ke pangkalan dengan selamat tetapi apa yang membimbangkan ialah kemungkinan berlaku perlanggaran dengan kapal lain berikutan jarak penglihatan pada masa ini kurang dari 50 meter.

"Sehubungan itu bagi mengelak kejadian tidak diingini, pihak persatuan menasihatkan nelayan supaya tidak turun ke laut ketika jerebu teruk," katanya.

-Bernama-

Disatu tempat yang lain......

Haaa...yang nie bukan jerebu tau...ini asap rendang minang mak aku buat...huhu..(satu hari di hari raya..:))

Haze season began....its somebody or anybody can do something!!!Do for your country not for you...

9 comments:

mohd azmir shah said...

PKE kat Muar..memang teruk jerebu kat sini..bahaya kalaum lama sangat terdedah kat luar..

cik panadol said...

erk! ape kene mengena rendang tu dengan jerubu? tak paham....tak paham....

Lagenda said...

Patutpun 1-2ari ni aku x sihat..sakit2 tekak, pening2..kena mgena dgn jerebu la rupanya.
Baru je nak salahkan laki mak di atas kepeningan dan kemabukkan ku ni..Hak hak hak

Silap target daa.

ASSOYFINGER67 said...

cik panadol;jelesler tu huhu...kao tengokler asap rendang tu ...kiasan..hak..hak...

ASSOYFINGER67 said...

mohd azmir shah;kesedaran dan pengetahuan penting dalam menghadapi masalah..:)

Lagenda;ye ker!?di jerebukan..huhu..boleh ler p shopping ngan siEL...hakhak

paskal_garuda said...

bersabar banyak2 lah orang2 kuar...orang2 kampung aku jugak tu...huhuhu

Abu Luqman said...

salam...apa yang terjadi adalah..kerosakan dunia diatas sikap manusia yang merosakkan dunianya sendiri..ayat "kerosakkan di atas muka bumi dan laut adalah atas tangan manusia itu sendiri.. contoh...pembakaran hutan...dan maksiat berleluasa

Amyna said...

Rendang minang.. menyelerakan!!

ASSOYFINGER67 said...

Abu Luqman;aku setuju...ramai yang lebih mementingkan dunia dari akhirat..baik dari sudut bercakap,pakaian dan ibadah....

Amyna;suroh mak buat huhu...