Monday, March 14, 2011

MALAYSIA DAN REAKTOR NUKLEAR...CLEAR YOUR MIND FROM NUCLEAR....IS THAT CLEAR..SAY NO TO NUCLEAR!!!!

14/03/2010-10:04pm
NO NUCLEAR REACTOR NEEDED

Terbaca dari kesan di Ukraine,U.S dan terbaru di Jepun....rasanya tak payahlah kita fikirkan fasal nak membina reaktor nuklear di Malaysia selagi ia bukan jalan terakhir untik menyelesaikan masalah hidup.Sebuah negara yang hebat seperti Jepun menghadapai masalah dengan reaktornya...bagaimana pula Malaysia yang baru di peringkat belajar ini...rasanya Pm pun fahan dan syukur kepada Allah yang telah menunjukkkan banyak kes2 akibat  tragedi yang bersangkutan dengan nuklear ini yang lebih bahaya dari rokok...(sengih)..apa yang penting,kita belajar dari musibah dan kejadian untuk terus hidup dan ingatlah Malaysia masih sebuah negara yang selamat walaupun terdapat kes2 kecil nature!
SO SAY NO TO NUCLEAR...IS THAT CLEAR!
Sekadar cetusan pendapat ....(Ingat sebelum kena!)




ARKIB : 03/06/2009

Bangun reaktor nuklear - PM






Najib Tun Razak bersalaman dengan Lee Myung-bak sebelum memulakan perbincangan dua hala di Hotel Hyatt selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Jeju, semalam. - Bernama



JEJU, Korea Selatan 2 Jun - Malaysia berminat mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk menjana tenaga kerana ia lebih selamat dan murah berbanding loji janakuasa yang menggunakan arang batu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Korea Selatan mempunyai kelebihan berbanding negara lain dalam teknologi reaktor nuklear berskala kecil dengan 40 peratus daripada keperluan tenaga dalam negaranya dibekalkan melalui pelbagai jenis reaktor nuklear, bersaiz besar dan kecil.
Sehubungan itu, beliau akan meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Maximus Johnity Ongkili untuk ke Korea Selatan bagi meninjau teknologi tersebut dalam masa terdekat.
"(Reaktor) yang kecil ini begitu selamat sekali sehingga boleh didirikan di sebelah kawasan perbandaran yang hendak dibekalkan dengan tenaga elektrik.
"Kemampuannya dalam lingkungan 200,000 hingga 300,000 kiloWatt dan Presiden Korea Selatan maklumkan bahawa kosnya adalah sepertiga daripada kos loji janakuasa arang batu," katanya.
Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia ketika diminta mengulas hasil pertemuan dua hala beliau dengan Presiden Lee Myung-bak selepas berakhirnya Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Korea Selatan di sini hari ini.
Selain teknologi nuklear untuk tenaga, Najib berkata, kerajaan juga berminat dengan teknologi hijau dan karbon rendah yang kini diguna pakai di republik itu.
Menurutnya, konsep itu selaras dengan agenda kerajaan mempromosikan teknologi hijau dengan mewujudkan kementerian berkaitan.
"Tadi saya telah melihat banyak perkara baru yang amat menarik dan ada potensi besar untuk diaplikasikan di dalam negara kita.
"Antaranya adalah usaha mereka untuk membersihkan sungai dan kawasan pesisiran sungai," katanya merujuk lawatan pemimpin ASEAN bersama Presiden Korea Selatan ke pameran "Green Growth, Green Asia" di Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC) Jeju di sini, yang dianjurkan sempena sidang kemuncak itu.
Najib turut tertarik dengan kos pembersihan empat buah sungai besar di Korea Selatan hanya menelan belanja kira-kira AS$50 juta (RM166.5 juta) malah usaha tersebut turut mewujudkan ribuan peluang pekerjaan baru.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut tertarik dengan teknologi membran dalam proses penulenan air yang berpotensi besar dimajukan di Malaysia, selain tenaga alternatif seperti solar dan angin yang digunakan dengan begitu meluas di republik tersebut
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Loji tenaga nuklear pertama dijangka beroperasi pada 2021
04/05/2010 8:12pm


KUALA LUMPUR 4 Mei – Loji tenaga nuklear pertama dijangka memulakan operasi pada 2021, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kementeriannya diberi kebenaran oleh Majlis Ekonomi untuk mula mengenal pasti tapak yang sesuai untuk loji berkenaan.

"Apabila tapak telah dikenal pasti, kami akan memulakan perundingan dengan mereka yang berkepentingan,” kata beliau kepada pemberita selepas satu persidangan di sini hari ini.

Fah Kui yang enggan menyatakan lokasi tapak yang mungkin dibina loji tersebut dan jumlah kuasa yang akan dikeluarkan, berkata, loji nuklear itu perlu dibina di kawasan yang mempunyai permintaan tenaga yang tinggi.

Beliau berkata, jangka hayat loji tenaga nuklear ialah antara 50 tahun dan 70 tahun.

"Pembinaan keperluan loji pertama memerlukan masa sekurang-kurangnya 10 tahun. Kita perlu melihat aspek keselamatan, sumber manusia dan lokasi,” katanya.

Keputusan akhir mengenai sama ada loji itu akan dibina adalah tertakluk kepada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, kata Fah Kui dan menambah bahawa penyedia teknologi adalah dari Korea Selatan, China, Perancis atau Jepun. – Bernama
Rujukan dari:http://putra-mahkota.com/read more here


Nuclear power is not an answer...

2 comments:

zulkbo said...

salam Bro Assoy..
saya setuju sangat dengan kempen anda ini..sesamalah kita hidup bebas dari ancaman nuclear di negara kita..ambil iktibar dari peristiwa yang berlaku di cynobyl dan jepun

ASSOYFINGER67 said...

zulkbo;thanks..zulk..:)