Sunday, March 27, 2011

MALAYSIA A STEP AHEAD-MERONG KE PASARAN DUNIA...

27/03/2003-11:05am

Jika betul aku turut berbangga.....
"Kami berbangga untuk menjadi agensi jualan filem cereka ini, memandangkan nilai produksinya setaraf dengan piawaian antarabangsa di mana para pengedar menganggap kos produksi filem ini dianggarkan antara RM30.3 juta hingga RM60.6 juta.-petikan

70 Negara Tayang Hikayat Merong Mahawangsa
CYBERJAYA: Filem Hikayat Merong Mahawangsa yang setakat ini telah mencecah kutipan RM5.5 juta bakal ditayangkan di lebih 70 negara pada Ogos depan.
Filem yang diubah judul kepada The Malay Chronicles: Bloodlines itu bakal ditayangkan di Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan Jerman.
Sementara negara lain termasuk Kanada, Australia, New Zealand, China, Turki, Switzerland, Austria, Rusia, CIS & Baltic, Timur Tengah dan Scandinavian. Tajuk filem berkenaan untuk negara tersebut masih belum ditentukan.
Filem arahan Yusry Abdul Halim ini turut diterbitkan oleh produksi Epic Pictures yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan KRU Studios untuk filem Deadline lakonan Brittany Murphy. Filem itu telah ditayangkan di lebih 40 negara.


Fantastic 3-KRU...

2 comments:

Melati Qistyna's Mummy said...

mmg kita patut berbangga ngan trio ni, dorg sselalu menjadi pelopor benda2 baru, cth dl teknik cgi..... idea sentiasa fresh.... tahniah buat mereka... :)

ASSOYFINGER67 said...

Melati Qistyna's Mummy;harap misi KRU akan berjaya!