Harapan agar perkara2 begini yang selalunya menguntungkan media dan memesongkan pada isu2 yang lebih penting dielakkan kerana rakyat yang akan rugi kerana banyak isu2 yang lebih kerakyatan perlu diketengahkan.Bagi aku isu ini adalah isu yang melekakan rakyat malah boleh menyebabkan percanggahan pendapat antara rakyat serta merugikan wang negara (kerana terlampau lambat untuk dsiselesaikan dan proses2 penubuhan suruhanjaya yang sudah pasti melibatkan wang rakyat),media bisa tersenyum tapi akibatnya tak diduga nanti......
Polis dapat video seks, Omega
Oleh NUR AISHAH AMIN dan NOR SHAFAWATI YUP
berita@kosmo.com.my
berita@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR – Polis mendapat bahan bukti berupa jam tangan Omega dan rakaman video seks didakwa melibatkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan pelacur selepas bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah memberi keterangan di Bukit Aman semalam.
Satu sumber berkata, dua bahan bukti penting tersebut diserahkan oleh Rahim dan Shazryl ketika mereka tampil memberi keterangan kepada pasukan khas polis yang menyiasat isu kontroversi yang mula melanda negara pada Isnin lalu.
Bagaimanapun, seorang lagi trio Datuk T iaitu Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim belum memberi keterangan kerana tidak sihat.
Rahim dan Shazryl masuk ke Bukit Aman kira-kira pukul 5 petang dan keluar hampir lima jam selepas itu.
“Rahim dan Shazryl memberi kerjasama baik sepanjang proses diambil keterangan mereka,” kata sumber itu ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Selain rakaman video seks tersebut, difahamkan Rahim dan Shazryl turut menyerahkan beberapa bukti sokongan lain yang mempunyai kaitan dengan perilaku seks didakwa membabitkan lelaki mirip pemimpin pembangkang yang ada dalam rakaman video itu
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Jangan kata palsu’
PUTRAJAYA 24 Mac – Semua pihak termasuk pembangkang tidak berhak mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang adalah palsu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, adalah menjadi satu kesalahan mengeluarkan kenyataan awal seperti itu kerana mereka tidak tahu kesahihannya. “Mereka tidak berhak mengeluarkan kenyataan untuk menentukan kesahihan video tersebut kerana ketulenannya hanya dapat ditentukan selepas pihak polis selesai melakukan siasatan.
“Mengapa hendak menghakimi kes ini, sedangkan orang yang mengeluarkan kenyataan itu sendiri berkemungkinan besar belum tengok lagi rakaman itu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-59, di sini hari ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sex video: Police arrest two men and seize evidence
By LOURDES CHARLES and M. KUMAR
Published: Friday March 25, 2011 MYT 1:40:00 PM
Updated: Friday March 25, 2011 MYT 2:04:25 PM
KUALA LUMPUR: Police have arrested two men in connection with the sex video of a man who is said to resemble a prominent opposition politican having sex with a foreign prostitute.
Bukit Aman police secretary Deputy Commissioner Datuk Ghazali Md Amin said several items that could be used as evidence were also seized from the two.
gambar hiasan |
"One of them even told us where the sex video was filmed and we have sent a forensics team together with investigators to the scene.
"Both men have been released on bail pending investigations," he said without revealing the identity of the two.
When I saw Anwar's face.....I wonder how tired he was....life always risk!
0 comments:
Post a Comment