Thursday, March 24, 2011

NEAR THE ELECTION:KERAJAAN HARUS BERSEDIA DENGAN DEMANDING FEVER!

24/03/2011-10:26pm
Aku bukanlah penganalisa politik/ekonomi/undang2/dll  yang hebat,tapi aku dapat merasakan yang PM kita akan membuat pengumuman manis dari masa ke semasa....begitu juga dengan pihak pembangkang....permintaan/aduan/tuduhan akan berselang seli datang daripada/kepada kerajaan.....betullah manusia suka menunggu saat -saat terdesak untuk membuat permintaan,barulah peratus keberjayaannya tinggi..apapun jika terlalu kerap meminta rasa meluatpun timbul...

                                       Mintalah dariNYA,atas apa jua....


Cuepacs cadang sistem gaji sebaris
24/03/2011 6:08pm


PUTRAJAYA 24 Mac - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Sistem Gaji Sebaris diperkenalkan dalam kajian semula terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM), supaya penjawat awam lebih produktif dalam menunaikan tugas mereka.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya juga mencadangkan kepada kerajaan agar kenaikan pangkat dan gaji penjawat awam mengambil kira penglibatan mereka dalam aktiviti luar seperti kesukarelaan, kemasyarakatan dan sukan.
Beliau berkata, perkara itu akan dikemukakan dalam pertemuan antara pihaknya dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 4 April.
"Kita menyambut baik langkah kerajaan untuk mengkaji semula Sistem Saraan Malaysia yang kini pun masih banyak dipertikaikan.
"Pada peringkat awal, ini antara cadangan yang akan dikemukakan oleh Cuepacs kepada kerajaan untuk kajian semula terhadap SSM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sekolah Tamil terima sumbangan PAS
Khaulah Azwar   
BATU CAVES, 24 Mac: Pelajar dan warga Sekolah Rendah Tamil Batu Caves di sini merasa
gembira apabila menerima sumbangan cek bernilai RM5,000 daripada PAS bagi membantu
pelajar membeli buku latihan.
Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, RT Raja a/l Raju telah menerima cek tersebut, semalam.
Sebelum itu, cek tersebut telah disampaikan oleh petugas Pejabat Agung PAS,
Syed Mohamad kepada BR Rajan, mantan AJK PIBG Sekolah Tamil Batu Caves
di Ibu Pejabat PAS Pusat, Kuala Lumpur(gambar)
.
"Kita mengucapkan terima kasih kepada Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang
yang begitu prihatin dengan pelajar-pelajar sekolah Tamil di sini dan hari ini beliau telah
melunaskan janjinya untuk membantu pelajar-pelajar sini,” kata RT Raja.
Katanya, kehadiran Tuan Guru Abdul pada bulan April 2010 untuk menghulurkan
bantuan kepada 100 pelajar dari kalangan keluarga miskin, berpendapatan rendah serta OKU.
Pelajar-pelajar tersebut tidak mampu beli buku latihan walaupun sekolah telah bermula
kerana masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------------------


PAS pertikai kos melampau stesen LRT
Aziz Muda   
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Kerajaan BN diingatkan agar tidak 
melakukan pembaziran dalam melaksanakan projek-projek negara
termasuk untuk kepentingan rakyat, memandangkan belanja yang
dikeluarkan kebanyakannya melebihi keperluan.

Keadaan itu turut dilihat akan berlaku dalam projek pengangkutan
transit aliran ringan (LRT) yang akan terus dimajukan oleh kerajaan
dari semasa ke semasa dan turut melibatkan beberapa pihak termasuk SPAK.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad ketika mengingatkan
perkara itu turut memberi contoh perbelanjaan melebihi keperluan
yang dilakukan kerajaan dalam perlaksanakan projek pengangkutan
membabitkan pembinaan stesen LRT di Kelana Jaya dan Ampang
yang menelan belanja sehingga RM36 billion. 

Dont always ask for something but forgot to give......

0 comments: