Menarik untuk di baca.....
Di manakah Anwar Ibrahim?
Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Mac - Di mana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam
pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin
pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Datuk Seri Anwar Ibrahim di antara pukul 9.20 malam sehingga 11.38 malam
pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin
pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan?
Keratan blog http://novandri.blogspot.com klik untuk tunbesaran |
Itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang
akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit
dalam aksi video seks tersebut.
Menurut laporan akhbar Nanyang Siangpau, Anwar pada sidang akhbar itu
telah mengemukakan dua fakta yang membuktikan beliau tidak berada
di tempat video seks tersebut dikatakan dirakamkan,
sebaliknya bersama keluarga serta sedang mengemas kini laman sosial
Facebook dan Twitter.Selain Nanyang Siangpau, beberapa portal berita dan
blog turut melaporkan mengenai Anwar yang tidak men'tweet' pada waktu berkenaan.
Penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan
persoalan yang mana pada sidang akhbar itu, tidak ada seorang pun mengaku berada
bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.
"Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan
menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau," katanya di dalam
bloghttp://novandri.blogspot.com.
Katanya, Wan Azizah sendiri tidak menyatakan sama ada beliau bersama Anwar
ketika itu malah kenyataan Anwar yang menyatakan bahawa dirinya sedang
mengakses laman sosial Twitter pada hari dan waktu itu juga menimbulkan
persoalan besar.
Dr. Novandri turut mempersoalkan kebenaran Anwar menggunakan Twitternya
pada waktu video seks tersebut dirakam berdasarkan pada akaun Twitternya
yang didapati 'senyap' kira-kira dua jam iaitu dari pukul 9.20 malam
sehingga 11.39 malam pada tarikh berkenaan.
"Jika kita perhatikan Twitter Anwar, beliau adalah pengguna Twitter yang aktif
dan seringkali men'tweet' serta menjawab soalan-soalan pengikutnya.
Jika Twitter yang dimaksudkan adalah pada tahun ini, yang menimbulkan
tanda tanya besar ialah ke manakah 'hilangnya' Anwar selepas pukul 9.20 malam
sehingga 11.38 malam daripada Twitter pada 21 Februari?," katanya.
Dr. Novandri turut menyiarkan chat di antara Anwar dan pengikutnya itu yang
menunjukkan kali terakhir Anwar menulis di laman sosial itu adalah
pada pukul 9.20 malam yang berbunyi:
"Blog: Kabinet bayangan "PM tak faham Istilah-Tian Chua:
Dari TV Selangor Cabaran Datuk Seri Najib Razak..."
Anwar didapati hanya menjawab semula pertanyaan yang diajukan oleh
rakan Twitternya bermula pukul 11.39 malam selepas itu yang berbunyi:
Inshaallah @a_sufi DS, bila nk mai #Guar Chempedak ni...
lama sangat dah sy rasa DS x mai..."
Source:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0326&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
0 comments:
Post a Comment