Thursday, April 14, 2011

MALAYSIAN ISSUE: PENAFIAN RAJA PETRA ...

14/04/2011-07.00am


Raja Petra nafi tuduh Najib, Rosmah

Temu bual eksklusif Ashraf Abdullah dengan Raja Petra di Perth, Australia, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 13 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin yang menghilangkan diri sejak sekian lama, malam ini muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.
Dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini, Raja Petra turut memberitahu Akuan Bersumpah (SD) yang beliau buat pada 18 Jun 2008 hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu.
Raja Petra berkata, individu-individu itu mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka termasuk seorang yang bernama Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog, Din Merican.
“Seorang pegawai perisik yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama,” katanya dalam temu bual itu yang disiarkan oleh Buletin Utama malam ini.
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpah itu.
Katanya, beliau menerima maklumat daripada individu-individu itu kononnya isteri Perdana Menteri berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.

PENGAKUAN RAJA PETRA DLM BULETIN UTAMA 




“Dalam SD saya, saya bercerita bahawa orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita.
“Pihak berkuasa perlu siasat dan panggil mereka ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata yang saya tahu isteri Timbalan Perdana Menteri (ketika itu) ada di tempat kejadian.
“Saya tidak cakap, saya tidak buat tuduhan seperti itu. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut lagi. Saya sebut nama-nama mereka semasa siasatan polis,” tegasnya.
Dalam siri pertama temu bual dua bahagian itu, Raja Petra berkata, pada permulaannya beliau tidak dapat menerima kebenaran cerita itu.
Ini kerana katanya, adalah sesuatu yang mustahil isteri Perdana Menteri boleh pergi ke tempat kejadian yang merupakan kawasan hutan dan terpaksa memanjat bukit pada waktu tengah malam iaitu kira-kira pukul 12 tengah malam.
Bagaimanapun, kata Raja Petra, dalam pertemuannya dengan Nik Azmi, beliau telah bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.
“Nik Azmi memberi jawapan, what do you hope to achieve? Kalau kita tak blok (sekat) Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri ganti Pak Lah,” dakwa Raja Petra.
Pengendali laman web Malaysia Today itu kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan daripada Anwar.
Raja Petra mendakwa, Din Merican kemudian menghubunginya semula dan memberitahu beliau (Din Merican) sudah bercakap dengan Anwar yang kemudian memberikan lampu hijau.
“Dia kata okey. Orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar, leftenan kolonel ini.
“Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini, dia kata teruskan, saya pun teruskan,” katanya lagi.
Menurutnya, kesemua individu yang disebut nama itu berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau didakwa di mahkamah.
Raja Petra, 60, menghilangkan diri selepas dua waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2009 bagi perbicaraan menerbitkan artikel berbaur hasutan dan memfitnah Rosmah.

Pulok dah....

2 comments:

shameel Iskandar said...

salam sahabatku.
Dalam politik ni macam2 perkara aneh boleh berlaku. Sebagai rakyat kena waspada selalu.

ASSOYFINGER67 said...

shameel Iskandar;t/kasih atas nasihat..betul tu...agar kita tak lupa hidup berlandaskan Islam bukan landasan politik...huhu