09/04/2011:09:13pm
Sila lawat:(for more pic):NEAR THE ROYAL WEDDING:REMEMBER THE PAST AND START THE FUTURE'S..
Kenali Putera William, Kate Middleton lebih dekat
Oleh Fatin Farhana Ariffin
2011/04/09
Dokumentari pasangan glamor, majlis perkahwinan diraja disiarkan ntv7
PERCINTAAN Diraja dijunjung ke kemuncaknya dengan sebuah majlis perkahwinan yang berprestij. Mengikut jejak langkah ibu bapanya 30 tahun lalu, majlis ikatan tali percintaan Putera William bersama kekasihnya, Kate Middleton, di Westminster Abbey pada 29 April ini sememangnya mencuri perhatian seluruh dunia, bagaikan cerita dongeng menjadi realiti.
Prince William and Kate Middleton |
Pelbagai spekulasi berkaitan majlis yang dinanti-nantikan ini semakin hangat diperkatakan, termasuk persoalan mengenai senarai jemputan hinggalah pereka gaun perkahwinan mereka. Namun, ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah mereka berkenalan? Apakah cara hidup kerabat Ditaja Britain? Bagaimanakah cara William menjalani hidupnya sebelum berjumpa dengan Kate? Siapakah Kate yang sebenarnya?
Untuk mengenali kehidupan monarki Britain dengan lebih dekat lagi, saksikanlah slot istimewa di ntv7 setiap Selasa, bermula 5 April lalu, jam 8.30 hingga 9.30 malam.
Slot bertajuk Special Royal Documentaries ini ke udara di Saluran Ceria Anda. NTV7 turut menjadi penyiar ekslusif Perkahwinan Diraja William dan Kate yang akan ke udara secara langsung pada 29 April nanti.
Ia bermula dengan kisah Prince William and Harry Into The Future yang menemui penonton pada 5 April. Daripada kawalan tentera hinggalah kehidupan sosial, semuanya bagaikan di hujung jari kedua-dua putera muda Britain yang sentiasa mencuri tumpuan ramai ini.
Tiada putera yang lebih terkenal selain mereka berdua. Dokumentari ini mengupas kehidupan peribadi William dan Harry. Seperti kerabat diraja lain, kemasyhuran mereka datang dengan tanggungjawab yang harus dipikul.
Kate: The New Diana? pula akan menyusul pada 12 April, dengan kupasan sama ada Kate Middleton sesuai digelar sebagai pengganti Diana.
Pernah disiarkan di saluran Sky One (saluran hiburan United Kingdom), dokumentari ini mengikuti perjalanan hidup gadis yang sedang bercinta dengan bakal Raja. Rancangan ini menampilkan temu ramah bersama sumber seperti James Hewitt untuk membuktikan bahawa Kate ialah pengganti Diana.
Manakala, Kate Meets William: A Tale of Two Lives yang akan disiarkan pada 19 April mendedahkan perbezaan zaman kanak-kanak antara pasangan diraja popular ini. Dengan gambar, bahan dan sumber seperti rakan rapat, ahli keluarga serta pakar, pelbagai persoalan mengenai mereka bakal dijawab.
Antara persoalannya ialah apakah perbezaan antara mereka? Adakah boleh dikatakan mereka bertemu semata-mata atas nama jodoh? Dokumentari ini mengisahkan kehidupan mereka, bagaikan seorang puteri dalam dunia dongeng yang bakal mengahwini putera rajanya.
Pada 26 April pula, William & Kate A Royal Engagement akan disiarkan di mana William, pewaris takhta Britain akan mengahwini Kate Middleton, gadis biasa yang bukan daripada kerabat diraja.
Tetapi, apakah yang sebenarnya mengikat tali percintaan mereka? Dari manakah dia berasal dan apakah signifikasi perkahwinan ini terhadap masa depan monarki Britain?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Special Royal Documentaries ini setiap Selasa, bermula 5 April, jam 8.30 malam. Siaran langsung perkahwinan Diraja yang dinanti-nantikan ini pula akan ke udara pada 29 April, jam 3 petang.

Istana Buckingham |
Source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KenaliPuteraWilliam_KateMiddletonlebihdekat/Article
Once upon a time.....
4 comments:
tapi sayang ye..rakyat britain..suka putera raja kawin dengan rakyat biasa
Abu Luqman;haha..aturan Allah AL...aku sebenarnya hanya membawa cerita2 indah ini ke blog aku agar terhindar dari cerita2 burok yang menambah dosa huhu
Nk kawen jugak....!haha
Xsabar nk tgk wedding diorg..mesti meriah & mewah...
cik panadol;bila dah tiba masa pasti kao akan kawin juga....nnt jemput aku huhu
Post a Comment