Tuesday, April 19, 2011

RAIS YATIM:SAMAN BLOGGER .........

19/04/2011-01:21am


Rais Yatim Saman Blogger Atas Dakwaan Fitnah Memperkosa Pembantu Rumah
Isnin April 18, 2011
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim akan menyaman seorang blogger kerana memfitnahnya dengan mendakwa yang beliau telah memperkosa pembantu rumahnya.
Dr Rais telah menamakan Abdul Mutalib Mohamed Daud sebagai defenden tunggal dalam samannya itu.
Beliau menyebut Abdul Mutalib telah bertanggungjawab menerbitkan atau menyebabkan sesuatu tulisan itu diterbitkan berkaitan empat tulisan yang berunsur fitnah di dalam Sabahkini weblog, pada 1 Januari, 3 Januari, 5 Januari dan 7 Januari dengan mengambarkannya sebagai seorang yang tidak bermoral.
    
Dalam samannya itu juga, Dr Rais berkata, kata-kata yang berunsur fitnah itu juga mengambarkan seolah-olah mempotretkannya sebagai seorang yang berkemampuan memperdayakan bekas perdana menteri untuk turut bersubahat melindungi kononnya dakwaan memperkosa itu.
Katanya lagi, kata-kata fitnah itu telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang manusia serta profesionnya sama ada di dalam atau luar negara.
Hakim Mahkamah Tinggi, Amelia Tee Hong Geok Abdullah telah menetapkan 6 Mei ini sebagai tarikh untuk menguruskan kes tersebut selepas berbincang dengan peguam Dr Rais iaitu Norhani Nordin di kamarnya.
Apalah fitnah2 nie..jaga2 jangan tulis2......huhu...tidurlah...nite!!

2 comments:

Penulis Rindu said...

macam macam dunia ni ye..

ASSOYFINGER67 said...

Abu Luqman;dunia ais kacang...lama2 cair...