Friday, April 22, 2011

SAJA BACA:RM400JUTA DITADBIR BERSAMA AKHIRNYA..

22/04/2011-06:28am
400 bahagi 4=100 juta sorang,wahhhhhhh (tak boleh bayangkan...)

Harta pusaka Syed Kechik kekal ditadbir bersama

Allahyarham Syed Kechik
PUTRAJAYA 20 April - Harta pusaka peninggalan Allahyarham Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary bernilai RM400 juta akhirnya ditadbir secara bersama oleh anak lelaki tunggalnya, Syed Gamal dan ibu tiri serta dua adik tiri perempuannya.
Demikian keputusan muktamad Mahkamah Persekutuan hari ini selepas menolak permohonan Puan Sri Sofiah Moo Abdullah dan dua anaknya, Puan Sri Sharifah Zarah, 42, serta Sharifah Munirah, 44, untuk mendapatkan kebenaran merayu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dengan itu sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 13 Januari lalu yang menolak rayuan ketiga-tiga pihak.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Datuk Seri Md. Raus Shariff turut memerintahkan tiga beranak itu membayar kos RM30,000.
Dengan keputusan tersebut, pertikaian berhubung siapa berhak mentadbir harta pusaka bernilai jutaan ringgit itu selesai selepas panel berkenaan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi membenarkan Syed Gamal, 46, bertindak selaku pentadbir bersama.
Syed Gamal diwakili oleh peguam-peguam Pawancheek Marican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala keluarga tirinya diwakili oleh Datuk N. Vijaykumar.
Pada 30 Julai tahun lalu, Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membenarkan permohonan kaveat Syed Gamal bagi menghalang ketiga-tiganya daripada menguruskan harta tersebut tanpa merujuk kepadanya terlebih dahulu.
Syed Gamal ialah anak lelaki tunggal hasil perkongsian hidup Allahyarham Syed Kechik dengan bekas isteri pertamanya, Zainab @ Eshah yang diceraikan ketika pengurus kafe siber itu berusia lima tahun.
Beliau merupakan waris yang sah untuk menjadi pentadbir bersama harta pusaka peninggalan pengasas Yayasan Syed Kechik Holdings itu.
Syed Gamal

Syed Gamal mengemukakan permohonan kaveat ekoran tindakan keluarga tirinya memfailkan petisyen pada 15 September tahun lalu, memohon supaya surat kuasa mentadbir harta pusaka bapanya diberikan kepada mereka sebagai isteri dan anak yang sah di sisi undang-undang memandangkan arwah tidak meninggalkan sebarang wasiat.
Kemelut perebutan harta pusaka keluarga itu bermula selepas kematian Syed Kechik, 10 April 2009 pada usia 81 tahun kerana sakit jantung.

____________________________________________________

Syed Kechik's second wife and children to administer RM400mil estate

Updated: Wednesday April 20, 2011 MYT 3:49:14 PM

PUTRAJAYA: The feud over who will be administrators of the RM400mil estate of the late Tan Sri Syed Kechik Syed Mohamed Al-Bukhary finally came to the end after the Federal Court affirmed a decision that the estate be jointly administered by Syed Kechik's second wife and his three children.
On Wednesday, Puan Sri Sofiah Moo Abdullah (Syed Kechik's second wife) and her daughters Puan Sri Sharifah Zarah and Sharifah Munira failed in their final bid to stop Syed Gamal (Syed Kechik's son with his former first wife) to be joint administrators of the estate.
A three-man panel led by Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Richard Malanjum unanimously dismissed Sofiah and the two daughters' leave application to appeal over the Court of Appeal's refusal of their appeal against the High Court ruling.
The court also ordered Sofiah and her daughters to pay the legal cost of RM30,000 to Syed Gamal.
On July 30, last year, High Court Judicial Commissioner Lee Swee Seng ruled that the late Syed Kechik's estate be jointly administered by his wife and three children.
Syed Gamal, 46, a cyber cafe owner, is Syed Kechik's only son from his first marriage.
The feud over the estate began after Syed Kechik died of heart failure on April 10, 2009 at the age 80. He died without leaving a will.
On Sept 15, 2009, Sofiah and her daughters petitioned the court for a letter of administration to the estate.
On April 14 last year, Syed Gamal filed a caveat to stop his stepmother and half-sisters from being appointed sole administrators of his late father's estate.

Money is not everything...but almost everything needs money..huhu


3 comments:

Penulis Rindu said...

itu lah ada harta banyak macam ni la..

anumuchan said...

Salam.bw here^^ nice blog :)
Feel free to visit me @ frommetoyou~
:)

atieaizam said...

sebab tu waktu masih muda pun kena buat wasiat awal2..