Sunday, May 22, 2011

AL-FATIHAH-TRAGEDI TANAH RUNTUH RUMAH ANAK-ANAK YATIM,HULU LANGAT,KAJANG.

22/05/2011-04:09pm

Al Fatihah buat yang pergi,buat yang hidup ambillah ini sebagai peluang agar terus lebih mendekati Allah di masa2 akan datang.Apapun bagi aku kejadian biarlah kita sangkutkan dengan takdir (qadaq dqn qadar) dari Allah, maka janganlah kita mengambil kesempatan atau mencari salah sesiapa kerana maut itu adalah ketetapan Illahi.Jika rumah ini di mana jua..bukan di Hulu Langat mithalnya..andainya di Johor pun...jika Allah kata ia akan terjadi...maka jadilah. Apa yang penting agar kita dapat memperkemaskan keadaan dengan lebih baik lagi di akan datang masa. Semuga Roh2 Allahyarham semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman.AL-Fatihah!

Dalam kesedihan ada berita gembira buat mereka dari Rasulullah (manalah dapat dunia melawan nikmat ini)
Sabda Rasulullah : ’Diriwayatkan dari Anas ra, dia berkata : ”Rasulullah saw bersabda, tidaklah seorang muslim kematian tiga anaknya yang belum baligh, kecuali, Allah pasti akan memasukkannya ke dalam surga berkat kasih sayang-Nya kepada anak-anaknya tersebut, ”(HR Bukhori muslim).
Wallahualam......


Kejadian tanah runtuh: Kebumi satu liang

Ahad, 22 Mei 2011
HULU LANGAT: Tujuh penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14 dekat sini, yang mati tertimbus semalam selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad petang ini.
Mangsa selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam dusun Nanding, kira-kira jam 3.15 petang dengan dihadiri kira-kira 200 orang waris, kenalan dan penduduk setempat.

Sebahagian daripada 500 orang menunaikan solat jenazah untuk tujuh mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Masjid Sultan Hisamuddin Alam Shah, pekan Batu 14, Hulu Langat dekat sini, Ahad. Kesemua jenazah telah disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Dusun Nanding Batu 14 , Hulu Langat. Foto:Chua Kok Hwa/THE STAR

Terdahulu kira-kira jam 2 ptg, semua jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid Hisamuddin Alam Shah pekan Batu 14 di sini.
Mangsa yang dikebumikan ialah Dzahir Haziq Muin, 11; Wan Ahmad Hasril Hazim, 11; Mohd Azret Azahari, 8; Mohd Mustakim Mamat, 12; Mohd Zaid Azahari, 14; Mohd Imal Fahad, 9; dan Mohd Hazim Sapri, 10.
Source:http://www.hmetro.com.my/articles/Kejadiantanahruntuh_Kebumisatuliang/Article/artikelMA

___________________Al-Fatihah_____________
Nasib mereka (kebanyakkannya) telah ditentukan..kita macamana....pilihlah antara dua....S ur N!

0 comments: