Sunday, May 29, 2011

ELLY MAZLEIN BERTUNANG ....(NA O MEI NAK KAHWIN DAH!)

29/05/2011-04:52pm
HOTT!!!


Tahniah bual EM nie...salah seorang pelakon yang aku respect dan tak banyak buat hal.Alhamdulillah dapat juga jodoh ,aku paling suka tengok air muka budak Slim River nie...cantik,comel dan sederhana...relax jer.Apapun didoakan buat EM dan tunang semoga ke jinjang pelamin dan seterusnya.......TAHNIAH!


___________________________________________
Elly Mazlein Naik Kereta Kuda Di Majlis Pertunangan
Ahad Mei 29, 2011 MYT 2:32:56 PM

Elly dan tunangnya, Azmi di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, Ahad. - Foto SHAARI CHE MAT



KUALA LUMPUR: Pelakon Elly Mazlein menaiki kereta kuda ke majlis pertunangannya di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort, di sini, Ahad.
Elly yang ditemani ibunya dan pereka kostum pertunangan, Eilla Faizshah dari Busana Cinta dijangka akan bernikah dengan pengarah filem Duhai Si Pari Pari, Azmi Hata, 36, pada Februari tahun depan.
Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Seterusnya selang lima bulan selepas itu, mereka mula serius bercinta sebelum Azmi melamar Elly pada Februari lalu.
Majlis yang berlangsung bermula pukul 11.30 pagi itu turut dihadiri oleh 100 jemputan yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.
Elly dan bakal ibu mertuanya, Zaleha.
Sambil duduk di pelamin indah berkonsepkan ‘menyunting si dara di taman larangan’ rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, ibu Azmi, Zaleha Ahmad menyarungkan cincin di jari manis Elly.
Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung.
Elly memilih Azmi, duda beranak dua iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9, yang bercerai beberapa tahun lalu.
Elly turut pernah berlakon di bawah beberapa drama arahan Azmi seperti Hantu Gigi, Relakan Cinta dan Kasih Berbunga Lalang.
Source:

____________EllyMazleinbertunangdahh!___________End

3 comments:

Padin said...

aaa elly dah bertunang?? Sob.. Sob.. Sob.. sedih plak rasa kah3

Mak lagenda said...

cantiknyaaaaaa dia!!

ASSOYFINGER67 said...

padin;padan muka kao....org kg kao pun tak tau..haha

lagenda;setuju...suka cara dia berpakaian,air muka dia...sedap mata aku pandang!