Sunday, May 8, 2011

ISU PANAS/MASALAH BESAR/APA KITA HARUS BUAT!!!!??

08/05/2011-12:18am

Kalau benar....tolonglah wahai pemimpin2ku,ulamak2ku dan muslimin muslimat semua agar bersatu dan jangan bagi satu peluang pun pada mereka2 ini yang diberi betis hendakkan peha...dah dapat peha habis satu badan dimamahnya!Wahai bloger2 semua silalah pandang masalah ini secara Super Serius!!!(Masa gunakan ISA jika perlu)

dari seorang rakyat yang lemah...

_

satu kiblat....

______________________________________________

Polis akan siasat dakwaan blogger mengenai isu agama

2011/05/07

KUALA LUMPUR: Polis akan menyiasat dan mengambil tindakan 
yang perlu berhubung dakwaan dua blogger tempatan berkaitan isu agama yang 
disiarkan di muka hadapan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar menasihati orang ramai supaya berhati-hati apabila menimbulkan isu-isu sedemikian dan bersedia menghadapi tindakan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai laporan 
akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk "Kristian agama rasmi?
" selepas 
melancarkan program papan iklan dalam konteks pencegahan jenayah di Wangsa Maju 
di sini. 
Khalid turut mengingatkan semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang isu 
sensitif berkaitan agama kerana hal berkenaan boleh merosakkan keharmonian 
di negara ini. "Kita tidak boleh biarkan isu-isu sebegini dimainkan oleh mana-mana 
pihak... jadi saya nasihatkan supaya jangan cuba bermain api nanti terbakar 
tangan," katanya. 
Khalid berkata apa jua isu berkaitan dengan agama, jika tidak ditangani 
dengan betul, akan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan polis tidak akan 
membiarkan perkara itu. 
Mengenai laporan media berhubung dakwaan seorang ibu yang kononnya ditipu 
RM13,000 anggota polis yang menahan dua anaknya, dipercayai terbabit dengan kes 
curi motosikal, Khalid berkata pihaknya telah mengenal pasti pemilik akaun bank 
yang dimasukkan wang berkenaan. 
Siasatan masih sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana 
menipu, katanya dan menasihatkan orang ramai supaya tidak bertindak demikian 
kerana ia adalah satu kesalahan di bawah Akta Rasuah. 
"Kalau ada polis minta duit, lapor kepada kita (polis), ketua polis dan 
sebagainya dan kita akan ambil tindakan. Kita tidak akan membiarkan sesekali 
anggota kita terlibat dengan perkara sedemikian," katanya. 
Menyentuh mengenai kempen pencegahan jenayah melalui papan iklan, Khalid 
berkata ia adalah satu strategi bagi memperkasakan lagi usaha pencegahan jenayah 
di negara ini, dan merupakan inisiatif Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli 
Abdullah. 
"Memang kita tengok di negara luar banyak kempen seperti ini dijalankan, 
dan ia cukup berkesan. Saya harap ia membuahkan hasil untuk mengurangkan jenayah 
di negara ini," katanya.-- BERNAMA 

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polisakansiasatdakwaanbloggermengenaiisuagama/Article

PERKASA buat laporan polis berhubung pertemuan paderi 

2011/05/07

GEORGETOWN: Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Khamis lalu. 
Laporan itu dibuat oleh Ketua Wira PERKASA Daerah Timur Laut, Mohd Rizuad Mohd Azudin di Balai Polis Jalan Patani, di sini pada kira-kira 1.20 tengah hari. 
Mohd Rizuad berkata menurut laporan akhbar hari ini, dua buah laman blog mendakwa pertemuan itu turut membincangkan agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.
"Isu ini akan merosakkan perpaduan kaum yang telah terjalin lebih 50 tahun," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan. Mohd Rizuad meminta polis menyiasat dakwaan blog berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang cuba mencetuskan isu perkauman di negara ini. - BERNAMA
___________________masalahBesar________________________


Agenda bincang Kristian jadi agama rasmi dipandang amat serius: Hishammuddin


2011/05/07

KUALA TERENGGANU: Kerajaan melihat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan kristian sebagai agama rasmi persekutuan sekali gus melantik perdana menteri di kalangan penganut agama itu adalah sesuatu yang amat serius. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein, berkata apa juga tindakan daripada satu agama akan mengundang reaksi daripada agama lain.
Sehubungan itu katanya, pihak yan terbabit menganjurkan perjumpaan itu haruslah bertanggunjawab termasuk terpaksa berdepan dengan tindakan undang-undang.
_______________masalahBesar_____________________End

Semuga Allah melindungi kita dari sebarang kerosakkan

0 comments: