Monday, May 30, 2011

JENAMA BIR "HALAL" AKAN DIDEDAHKAN ESOK -MAJLIS AGAMA JOHOR.

30/05/2011-10:01pm
Tak payah ler minum yang bukan-bukan...minum air buatan Malaysia dah ler...
Harapan ..perkara ini janganlah dilengah-lengahkan lagi...kalau boleh esok dah start dedahkan nama bir tu..bertindaklah secara ikhlas,cekap dan bersungguh-sungguh...janganlah banyakkan prosedur untuk bertindak....moga umat Islam terus di rahmati dan dilindungi dari benda-benda yang halal tapi sebenarnya haram.Lihat sijil nie..nak tau baca dekat link kat bawah tu:

source/read more:http://www.mazidulakmal.com/2011/05/bir.htm


______________________________________
MAIJ Dedah Bir 'Halal' Esok - Pengarah JAIJ
Isnin Mei 30, 2011 MYT 7:09:00 PM
gambar hiasan sahaja-tiada kena mengena dengan artikel




PETALING JAYA: Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) akan mendedahkan jenama bir yang didakwa halal oleh syarikat pengedarnya tetapi didapati mengandungi alkohol melebihi had yang dibenarkan syarak pada Selasa.
Ujian makmal oleh Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) baru-baru ini mendapati kandungan alkohol bir halal itu adalah sebanyak 0.5 peratus.
Ia jauh melebihi 0.01 peratus yang dibenarkan syariat Islam oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dalam makanan serta minuman. Jumlah alkohol dengan kuantiti itu, menurut ulama, boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semulajadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Elias Hasran berkata, pihaknya menyerahkan kepada MAIJ untuk mendedahkan jenama berkenaan yang selama mengelirukan umat Islam.
"Minta maaf. Saya tidak boleh dedahkan apa-apa. Biarlah Pengerusi MAIJ, Datuk Zainal Abidin Othman mendedahkan apa-apa esok (Selasa)," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.
Zainal Abidin juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor.
Minuman yang diimport dari sebuah negara Islam di Asia Barat itu difahamkan banyak terdapat di kafe-kafe di negara ini yang dijual antara RM3 hingga RM5 sebotol.
Ekoran penemuan tersebut, JAIJ kemudian memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan KDRM supaya mengambil tindakan sewajarnya, termasuk menghentikan penjualannya jika perlu.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom memberitahu, Jakim bersama majlis-majlis agama Islam negeri akan bertindak menyekat penjualan minuman itu kepada umat Islam.
Tambahnya, pihaknya turut akan merujuk kepada Kastam Diraja Malaysia untuk mendapatkan maklumat lebih jelas.
Source:http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/5/30/mstar_berita/20110530190401&sec=mstar_berita
_________________Birhalal?____________________

0 comments: