Friday, May 27, 2011

PERMOHONAN SEORANG LELAKI MUSLIM UNTUK BERTUKAR STATUS KEPADA WANITA-MANALAH BOLEH!

27/05/2011-01:50am
Salam....hasrat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25 tertangguh apabila mahkamah menunda tarikh keputusan kes kerana menghadapi kesukaran membuat keputusan.
Berlandaskan kepada agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan si pemohon adalah dalam status Islam (sepatutnyalah-ikut nama),pada pendapat aku ia sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah kerana kes ini adalah kes yang menyangkuti air muka umat Islam di negara ini yang berlandaskan As-Sunnah wal-Jama'ah (Quran dan hadith).
Kalau ikut fikiran aku dengan basic agama yang aku ada (tak seberapa) serta akal yang waras dalam berfikir,rujuk pula pada petikan ayat Al Quran dan Hadith (internet kan ada)...(tak payah aku nak tunjukkan di sini..cariler sendiri (cari sendiri baru adventure) permintaan Bro M.Asraf nie tak boleh diterima dan kena suruh duia bertaubat. Pertama menukar kejadian Tuhan adalah haram,menyerupai perempuan pulak tu...lepas tu nak tukar nama..jadi siapa yang membenarkan perkara ini terjadi pasti account akhiratnya (SEO dosanya  mencanak2). Kalau aku jawapannya X boleh,takkan dibenarkan...tapi ini pendapat bebas aku jer.bagi aku jangan menyulitkan benda yang dah jelas.....takkan batal air sembahyang aku kalau aku sentuh tangan bro nie.
Dikaji pada kemanusiaan memanglah kesian,tapi bagi orang muslim....apa yang ada pada kamu bukan milik kamu dan setiap kejadian Allah berhak keatasnya dan ia milik Allah...so,kamu takder hak apa2 termasuk aku.
garis panduan dari alam ghaib (Al Quran) dah ada ikut jerlah,kecualilah kamu menafikannya...(maka kamu akan kufur dan kufur ngan kafir tu adik beradik ler).So gentlement start your engine:
Bertaubatlah...
jangan kusutkan sesuatu yang telah jelas oleh hadith dan al Quran



Mahu tukar nama lelaki

25 MEI 2011: Seorang lelaki, Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz diburu pihak media selepas dia hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu lengkap berbaju kurung dan bertudung bagi memohon kebenaran menukar namanya kepada nama wanita di Kuala Terengganu. - Utusan/SHAIFUDIN MOHD NOR

Hajat Ashraf jadi Aleesha tertangguh

26/05/2011

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini semalam menjadi tumpuan gara-gara kemunculan seorang lelaki berpakaian wanita yang hadir untuk mendengar keputusan berhubung permohonannya mendapatkan kebenaran menukar nama kepada nama wanita.
Bagaimanapun, hajat Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, itu tertangguh apabila Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh 18 Julai depan sebagai tarikh keputusan kes.
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak dan meneliti petisyen yang dikemukakan pemohon melalui peguamnya, Horley Isaacs.
Ashraf yang berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu hadir ke mahkamah bagi mendengar permohonannya untuk mendapat kebenaran menukar nama kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz.
Mohd. Yazid dalam penghakimannya berkata, walaupun pemohon telah melakukan pembedahan jantina, mahkamah tetap berdepan kesukaran untuk membuat keputusan.
_____________________Kesmohdasraf__________________End
(no women in this post!!!)

2 comments:

qellissa said...

Dia ni kenalan saya, we used to call her sha..skrd da lama tak jumpa dia, alih ternampak pulak kat suratkhabar.tak sangka sampai nak tukar nama plak kat mahkamah..haishh..

ASSOYFINGER67 said...

qellissa;walaupun sebenarnya tujuan M.Asraf hendak mendapatkan kebenaran menukar nama dan status jantina dari makhamah Sivil agar mendapat perlindungan undang2 sivil sebagai wanita adalah tiada kaitan dengan undang2 Islam (mungkin kerana hendak mendapat keistimewaan sebagai wanita,senang hendak menyambung pembelajaran atau bekerja) namun apabila dia membawa nama Islam dan ugama anutinya Islam maka ia terlibat secara langsung dengan maruah umat Islam amnya dan wajar perkara ini diulas dalam kontek keIslaman...keadaannya sekarang tak ubah seperti terlajkak perahu boleh diundur...kecualilah tiba2 makhamah sivil akan beri keputusan yang di luar tradisi peradaban orang Asia!(saja luahkan hasil perbincangan dengan member joefinger)