Monday, June 20, 2011

BERSIH 9JULAI-ANWAR SHOW TOLERATE,AMBIGA SAID"DECISION NOT IN YOUR HAND!"

20/06/2011-12:43pm
9 Julai-ada gaya memberontak.
______________________________
Bersih Tolak Cadangan Anwar, Perhimpunan Diteruskan
 Isnin Jun 20, 2011 MYT 12:11:28 PM







Pic source:hilbertmontell-anakmerdeka.blogspot.com



PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan menolak cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan meminta perhimpunan pada 9 Julai ini dibatalkan jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji bahawa pilihan raya umum diadakan secara bersih dan adil.
Sehubungan itu bekas Presiden Majlis Peguam itu menegaskan perhimpunan berkenaan akan diteruskan seperti yang dirancang.
"Keputusan (membatalkannya) bukan di tangan kamu (Ketua Pembangkang), tetapi ia ditangan kami," katanya sewaktu berucap merasmikan pelancaran perhimpunan Bersih di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur dekat sini malam Ahad, laporMalaysiakini.
Tiga lokasi yang ditetapkan oleh gabungan itu adalah pusat membeli belah Sogo, Masjid Kampung Baru dan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Beberapa jam sebelum pelancaran itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan lebih 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) gabungan di bawahnya turut melancarkan perhimpunan Gerak Aman pada tarikh yang sama.
Penyokong Perkasa juga bertindak membakar dan memijak gambar Ambiga sejurus selepas perhimpunan tersebut.
Malah dalam ucapan beberapa pemimpin petang tadi, ada di antara mereka membuat kecaman peribadi terhadap Ambiga.
Menurutnya, perhimpunan pada 9 Julai ini adalah untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan dirinya.
"Saya menolak untuk memberi sebarang komen terhadap perkara menyerang peribadi saya.
"Perhimpunan ini bukan untuk saya, ia adalah untuk kamu, untuk rakyat. Ia tentang rakyat Malaysia," katanya.
Amiga juga menegaskan bahawa masyarakat sivil akan mengetuai perhimpunan tersebut, dan bukannya diketuai oleh parti politik seperti mana dilaporkan.
Ambiga juga turut memberi jaminan kepada polis bahawa perhimpunan mereka adalah aman sepertimana yang telah ditunjukkan dalam perhimpunan Bersih pertama pada November 2007.
Beliau sekali lagi mengajak semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) supaya menyertai perhimpunan tersebut bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.
Katanya dengan demikian, ia juga memberi kebaikan terhadap kredibiliti kepada BN.
Beliau turut membacakan lapan tuntutan mereka dalam perhimpunan itu iaitu membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berjanji akan mengerahkan 100,000 anggotanya menyertai perhimpunan tersebut.
"Saya mewakili kepimpinan PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi memberi sokongan 100 peratus terhadap perhimpunan Bersih," katanya.
Source:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/6/20/mstar_berita/20110620103608&sec=mstar_berita

0 comments: