Sunday, June 26, 2011

MENJELANG 9 JULAI:31 AKTIVIS DITAHAN

26/06/2011-04:46am

MOODLESS SUNDAY.....(Tak der kena mengena dengan artikel di bawah)

_____________________________________

31 aktivis PSM ditahan di plaza Tol Sungai Dua 

2011/06/25

Michael Jeyakumar Devaraj

KEPALA BATAS: Polis menahan 31 orang termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, kesemuanya aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), di plaza Tol Sungai Dua di sini pada jam 3.40 petang tadi. 

Jurucakap polis berkata, kesemua mereka menaiki sebuah bas persiaran sedang dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah untuk menghadiri majlis di Pulau Pinang yang berkaitan dengan perhimpunan haram, yang dijadualkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
"14 wanita dan 17 lelaki yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini untuk dirakam percakapan," katanya di sini, malam tadi.

Katanya, polis turut menemui pelbagai barangan dalam bas itu antaranya bendera PSM, buletin sosialis dan kemeja-T bertulisan "anti capitalism" berwarna merah dan hitam. 

Kumpulan berkenaan dipercayai dalam rangka kempen mengedarkan risalah berkaitan perhimpunan haram di ibu negara dan kempen PSM 'Udahlah tu... Bersaralah', yang dikatakan ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia sejak 24 Jun lalu. 

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika dihubungi enggan mengulas lanjut sebaliknya memaklumkan satu sidang akhbar akan diadakan esok. - BERNAMA 


_______________aktivis ditahan_____________End

0 comments: