Monday, June 13, 2011

PEKIDA BERI 7 HARI UNTUK MINTA MAAF

13/06/2011-09:29pm
PEKIDA menurut sumber adalah badan yang menyuarakan slogan "amal makruf,nahi mungkar".Oleh itu adalah wajar jika segala tindakan mestilah berlandaskan hukum agama dan atas pandangan ulama'.Semua umat Islam sepatutnya terlindung dari ancaman pertubuhan itu kerana mereka adalah 'saudara' bagi ahli PEKIDA.Harapan agar PEKIDA yang selama ini menjadi payung umat Islam dan Melayu pada satu ketika dulu tidak memanjangkan kes2 sebegini kerana ia hanya akan membuka banyak lagi rahsia2 mereka ke ruang akbar dan pengetahuan umum.AllahhuAkbar (aku yang baru belajar)
Sila lawat :http://pekida-wilayah.fotopages.com/ (di web ini pun sebutan2 itu bukan rahsia lagi)

‘Tak perlu ugut’


‘Tak perlu ugut’

Isnin, 13 Jun 2011

KUALA LUMPUR: “Kenapa saya perlu minta maaf sedangkan saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata pengarah dan produser terkenal, Datuk Yusof Haslam berhubung tuntutan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) yang memberi masa tujuh hari kepadanya untuk memohon maaf selepas mendakwa filem KL Gangster seolah-olah menggambarkan Pekida sebagai sebuah kumpulan samseng.
Pengarah Urusan Skop Production Sdn Bhd itu berkata, sebagai orang lama dalam dunia perfileman, beliau tahu apa yang boleh dan tidak dalam sesebuah filem, malah KL Gangster sudah dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sebelum ditayangkan di pawagam.
“Saya berusia 57 tahun dan sangat lama dalam bidang ini. Sudah puluhan drama dan filem berbentuk kepolisan serta jenayah kami terbitkan, kami sentiasa berhati-hati memantau semua sudut produksi supaya tidak menyentuh sensitiviti atau menyinggung mana-mana pihak.

“Saya tidak tahu apa motif mereka (Pekida) sehingga boleh memberi tempoh kepada saya memohon maaf. Bagaimana kita mahu memartabatkan industri perfileman kalau perkara begini berlaku,” katanya.


Jumaat lalu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman mendesak penerbit filem KL Gangster dan Kongsi memohon maaf kerana mendakwa filem berkenaan menggunakan empat perkataan sinonim dengan pertubuhan itu iaitu ayahanda, abang long, kak long dan abang kawasan, seolah-olah mengaitkan Pekida sebagai kumpulan gengster.

Source:http://www.hmetro.com.my/articles/2011061301181120110613011811/Article
for more detail pls read at metro newspaper tomorrow edision.
________________________Tuntutan maaf olehPEKIDA_____End

0 comments: