Tuesday, June 14, 2011

POLITIK SIKIT:PAS NAFI UBAH DASAR/UMNO SURUH PAS BUANG PERKATAAN ISLAM....BIARLAH DIA!

14/06/2011-
Kalau nak baca,biar baca dua-dua.......
Buat apalah gaduh tentang PAS nie..harap pegawai2 kerajaan janganlah membazir waktu...fikirkan tentang rakyat lagi baik...mudah-mudahan menang nanti...jangan bazirkan duit rakyat denagn bercakap hal2 orang...bincanglah berkenaan kesusahan rakyat..PAS tu nak pakai Islam atau buang dia punya hallah...menyirap pulak aku....Kebelakangan nie ramai orang Melayu yang melatah...(sesama ugama pulak tu).
Bab-bab ulama' tu biar ulama' yang tentukan...yang tak der pendidikan Islam diam jerlah...buang masa banyak sangat ...buatlah kerja...jangan cakap banyak sangat!

________________________________________________
Akhbar mengarut, bila PAS ubah dasar



KOTA BHARU, 13 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata PAS tidak pernah mengubah dasar dalam perjuangannya sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951 hingga kini.
Menurutnya, apa yang diucapkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar baru-baru ini berhubung Negara Berkebajikan, adalah sebahagian intipati perjuangan parti Islam itu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa pihak yang mencabar PAS menggugurkan perkataan Islam pada perjuangannya sebagaimana yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian hari ini.
Ahl Majlis Tertingg Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berpendapat PAS wajar menggugurkan perkataan Islam takut masyarakat keliru, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan nama Islam kerana PAS telah memperalatkan agama.
Ketika ditemui di kediamannya Pulau Melaka sebentar tadi, Tuan Guru Nk Abdul Aziz yang Menter Besar Kelantan berkata konsep yang dibawa PAS iaitu Negara Berkebajikan, berpandukan ajaran Islam serta nas yang mana Baginda Rasulullah sendiri sebagai modelnya.
Ketika hijrah Rasulullah mendapat mimpi dari Allah, suatu hari nanti baginda akan memasuki Kota Makkah yang ketika itu masih kekal dengan pegangan ajaran nenek moyang mereka.
“Sewaktu baginda dan para sahabat dalam perjalanan ke Makkah, baginda disekat oleh pembesar Makkah ketika itu. Walaupun usaha baginda untuk melakukan umrah di baitullah tidak dibenarkan, namun bertolak dari situ wujudnya perjanjian di Hudaibiyah.
“Perjanjian yang memulakan tulisan perjanjian itu dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim…kemudiannya digantikan dengan ‘Bismikallahumma…dilakukan semata-mata kerana sikap lunak baginda sendiri di samping berpandangan jauh tentang Islam pada masa akan datang walaupun ianya berat sebelah,” ujar Tuan Guru lagi.
Tegasnya, di mana salahnya Presiden PAS menyebut negara berkebajikan, ianya bukan dasar kerana dasar perjuangan PAS tetap mendaulatkan Islam.
“Dalam surat khabar harian selalu menyebut PAS ubah dasar, bila PAS ubah dasar?
“Akhbar ni mengarut dan menyusahkan orang dan bukannya nak menyenangkan hati orang,” ujarnya.
Sambungnya lagi, beliau difahamkan Mohd Puad aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (Abm), sebaiknya menasihati perjuangan Umno agar kembali pada Islam dan bukannya PAS yang sudah memperjuangkannya.
“Yang tak setuju cara pentadbiran Islam orang Yahudi dan Nasrani saja, malah ulama Umno sebelum ini yang tidak suka pada dasar Umno sendiri  telah keluar Umno dan tubuh PAS pada tahun 1951.
“Kami ni hanya meneruskan perjuangan ulama Umno terdahulu yang keluar parti menubuhkan PAS semata-mata tidak sukakan dasar yang Umno bawa,” ujarnya lagi.
Beliau juga turut membayangkan PAS akan menjadi Parti Islam Sedunia suatu ketika nanti bukan hanya di negara ini.
Source:http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3769-akhbar-mengarut-bila-pas-ubah-dasar
_______________________________________________

Cabar Pas gugur perkataan Islam

KUALA PILAH 12 Jun – Pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.

Katanya, bukan sahaja orang bukan Islam yang tidak faham malah orang Islam juga keliru dengan perjuangan negara Islam yang cuba dibawa oleh Pas sebelum ini.
“Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam, saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini hari ini.
Sementara itu, di BUKIT MERTAJAM, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada Pas serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.
Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, UMNO menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh Pas.
“Saya rasa Pas boleh menggugurkan nama Islam pada parti mereka dan buatlah nama lain yang selari dengan konsep negara berkebajikan yang mereka canangkan.
“Apa yang saya lihat sekarang Pas tidak lagi berjuang untuk Islam, jadi ROS patut hantar surat supaya mereka tukar nama parti itu kepada nama lain,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, UMNO bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.
Malah, katanya, banyak yang telah dilakukan bagi menjaga kebajikan rakyat seperti bantuan bulanan menerusi pelbagai agensi kerajaan termasuk pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Di Kuala Lumpur Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, Pas tidak perlu dicabar untuk menukar nama itu sebaliknya melakukannya atas kesedaran sendiri kerana tindak tanduk mereka yang tidak seiring dengan nama Islam pada parti itu.
“Sepatutnya mereka tukar kepada nama Parti Amal Jariah sahaja selaras dengan langkah Pas mengubah perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan,” katanya.
Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad pula berkata, keputusan pemilihan pada Muktamar Pas baru-baru ini menguatkan lagi gesaan supaya nama Islam pada parti itu digugurkan.
“Sekarang ini sudah tidak ada ulama lagi yang memegang jawatan pada peringkat tertinggi, jadi di mana Islamnya?
“Kemenangan Mohammad Sabu pula merupakan kemenangan DAP, jadi gugurkan sahaja perkataan Islam itu supaya orang ramai tidak keliru dengan perjuangan sebenar Pas yang semakin menyimpang,” katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
___________________utusan dan harakah_________End


0 comments: