Saturday, June 4, 2011

RASUAH DALAM BOLASEPAK 2011




04/06/2011-10:31pm
Rasanya bolasepak dekat Malaysia nie baru mula nak "gah" semula..tiba-tiba timbul pula isu-isu rasuah ,jual permainan,terima wang dari bookie dan yang banyaknya adalah orang "kita". Dosa satu hal... fasal... yea lah.. ramai orang tak nampak dosa,mereka yang makan rasuah nie tak cukup gaji ker (itu pun nak kena kaji juga kerana hanya menunding jari pada mereka adalah tidak adil)? Punca kena dicari...alau duit dah berkepok tapi masih terima rasuah,tu penyakit tamak rasanya...apapun yang jadi mangsa peminat (rakyat bolasepak) gak!


Jangan kembalikan zaman suram bola sepak negara kerana rasuah

2011/06/04

PASIR MAS: Sukan bola sepak negara yang kini semakin gemilang tidak harus disuramkan dengan gejala rasuah yang boleh merosakkan sukan itu seperti yang pernah berlaku sebelum ini. 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, berkata kementeriannya akan menggunakan segala saluran yang ada termasuk tindakan undang-undang bagi menyekat gejala itu daripada terus merosakkan sukan bola sepak negara.

"Sukan bola sepak kita dulu pernah jatuh gara-gara rasuah, yang bukan saja menjejaskan nama negara tetapi juga merosakkan industri sukan itu sendiri," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pasir Mas di sini, hari ini

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu rasuah yang membabitkan seorang pegawai bola sepak pasukan Piala Presiden Negeri Sembilan yang ditahan reman bagi membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mengatur perlawanan. 


"Jadikanlah contoh mereka yang berjaya seperti Datuk Nicol David, Datuk Lee Chong Wei dan yang lain atas kejayaan mereka di puncak dunia dengan bebas daripada unsur dadah dan rasuah ini," katanya. - BERNAMA 





__________________rasuah dan bola___________End

0 comments: