Saturday, June 18, 2011

SUKA BACA:SYAMSUL (KL GANGSTER) BOLEH HIT SAMPAI RM 11JUTA

18/06/2011-01:46am

Wah..! Syamsul boleh raih kutipan sampai 11 juta....ikut nombor dia menang  tapi kalau ikut nilai mungkin RM 6 juta yang Datuk Yusof Haslam dapat dulu dari Sembilu adalah lebih atau sama nilainya dengan RM 11juta sekarang...apapun tahniah buat Syamsul...!Producer Melayu yang berjaya!

Boleh raih RM11 juta

Sabtu, 18 Jun 2011
source:xygroove.com
JIKA bapanya, Datuk Yusof Haslam pernah mendapat gelaran ‘Six Million Dollar Man’ kerana kejayaan filem Sembilu lakonan Erra Fazira, Awie dan Ziana Zain pada era 90-an, apakah pula agaknya gelaran yang sesuai untuk pengarah muda berbakat, Syamsul Yusof?
Ini kerana dalam tempoh tujuh hari tayangan untuk filem baru arahannya, KL Gangster, berjaya melakar sejarah filem Melayu dengan jumlah kutipan RM8 juta. Filem kelima arahan Syamsul yang mula ditayangkan di pawagam sejak 9 Jun lalu mencatat kejayaan awal dengan kutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan. 
Malah diramalkan filem dijayakan Syamsul, Aaron Aziz dan Ady Putra ini akan mencatat sejarah baru bagi kutipan filem Melayu dengan angka RM10 juta. Sebelum ini, kutipan paling tinggi dipegang Ngangkung dengan jumlah RM8.3 juta manakala filem Syamsul sebelum ini, Khurafat mencecah RM8.1 juta begitu juga Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan kutipan lebih RM8 juta.

Kejayaan ini ternyata membuatkan Yusof sangat bersyukur dan gembira. Ketika dihubungi Harian Metro semalam, Yusof selaku penerbit filem itu di bawah produksi miliknya, Skop Production Sdn Bhd memaklumkan jumlah kutipan diperoleh itu turut meliputi tayangan di pawagam bebas sejak 9 Jun lalu.

Malah, dengan kutipan konsisten filem itu RM1.5 juta sehari di hampir 90 panggung membuatkan pihak panggung yakin kutipannya mampu mencecah RM11 juta sehingga Ahad ini.

Kata Yusof, hingga kini sambutannya masih hangat walaupun dengan kehadiran filem baru, 3,2,1 Cinta bermula Khamis (semalam).

“Saya sangat bersyukur dengan kejayaan KL Gangster. Lebih membanggakan apabila pihak pawagam sendiri meramalkan kutipannya sehingga Ahad ini, Insya-Allah mampu mencatat hingga RM11 juta. Apapun, semuanya bergantung pada sambutan penonton.

“Lebih membanggakan kerana apa yang saya tahu filem ini ditonton pelbagai kaum. Bukan hanya penonton Melayu, tetapi Cina dan India turut ke pawagam menonton. Bahkan, kata pihak pawagam ada juga yang datang menonton berulang. Oleh itu, selama empat hari berturut-turut, mereka ramalkan mampu mencatat RM1.5 juta setiap hari.

“Saya bersyukur dengan kejayaan diraih Syamsul. Sebagai bapa, saya memang yakin dengan kemampuannya dalam pengarahan filem berikutan kejayaan beberapa filem pernah dihasilkannya sebelum ini. Karya Syamsul sentiasa menunjukkan prestasi,” katanya.

Menyentuh majlis kesyukuran yang akan dianjurkan sempena kejayaan filem itu di Restoran Haslam miliknya, malam ini, Yusof berkata beliau turut mengundang Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) untuk berbincang.

Katanya, kontroversi yang berlaku baru-baru ini tercetus atas dasar salah faham. Jadi, katanya sebagai sesama Islam beliau yakin perkara itu mampu diselesaikan dengan cara baik berdasarkan perbincangan. Katanya, ia tidak perlulah diperbesarkan.

“Saya sebenarnya ramai juga rakan dalam Pekida. Malah, mereka pun memaklumkan perkara itu tidak membawa sebarang masalah. Bagaimanapun, saya sedar perlu juga ambil kira pandangan orang lain dan salah faham yang berlaku ini harus diselesaikan.

“Syukur apabila saya mengundang mereka untuk hadir ke majlis ini, ia diterima dengan baik. Oleh itu, saya mengharapkan kontroversi yang tercetus secara kebetulan ini dapat diselesaikan dalam keadaan baik, aman dan tenteram,” katanya.

Pada 11 Jun lalu, Pekida Wilayah Persekutuan memberi tempoh selama seminggu kepada penerbit dan pengarah filem KL Gangster serta Kongsi (Metrowealth (MIG Pictures) untuk tampil meminta maaf secara umum kerana filem berkenaan dipercayai mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan itu.

0 comments: