Tuesday, June 21, 2011

SUKA BACA:YUSOF AKUR/KL GANGSTER BAKAL KUTIP RM12JUTA

21/06/2011-11:28pm
Syabas buat KL GANGSTER yang telah mencipta rekod baru kutipan!

“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan idea saya mungkin agak lama......Datuk Yusof Haslam 

____________________________
KL Gangster Cecah RM10.3 Juta, Yusof Akur Idea Syamsul
Selasa Jun 21, 2011 MYT 12:30:37 PM


Aksi Syamsul dalam KL Gangster sebagai Shark.
PETALING JAYA: Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.
Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, akur dengan idea anaknya Syamsul selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.
“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan idea saya mungkin agak lama kerana memikirkan filem yang hanya boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.
“Bagaimanapun, saya bangga dengan dirinya yang berani membuat pembaharuan dan mahu keluar daripada kepompong. Itu saya katakan dari konteks filem. Tetapi saya rasa filem KL Gangster kurang sesuai untuk dijadikan siri televisyen dan tidak akan membenarkan Syamsul mengadaptasi filem itu kepada drama,” katanya ketika dihubungimStar Online.
Filem itu menewaskan sebuah lagi filem tentang gengsterisme berjudul Kongsi yang mengutip RM8.4 juta setelah ditayangkan pada bulan lalu.
Yusof yakin kutipan filem itu akan meningkat sehingga RM12 juta jika terus ditayangkan sehingga hujung minggu ini.
Filem ini turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan (Raja Lawak), Adam Corrie Lee, Soffi Jikan dan Sheera Iskandar.
Memikirkan tentang perancangan selanjutnya tentang filem ini, Syamsul bakal mengarah filem KL Gangster 2 (Prekuel), iaitu kesinambungan cerita yang akan mengimbas semula di sebalik cerita dan konflik yang berlaku sebelum itu.
Kata Yusof, anaknya sedang dalam proses penyediaan skrip dan perancangan rapi tentang filem aksi itu.
“Setelah mendapat respons positif daripada pengedar filem dari Thailand, kemungkinan filem ini akan dipasarkan ke sana dan bakal menggunakan khidmat pelakon dari negara itu untuk prekuel filem KL Gangster.
“Selain itu, kami akan mencuba mencari pasaran negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.
Filem ini turut memecah rekod filem Melayu pertama yang mengutip RM1.5 juta selepas ditayangkan di 80 pawagam tempatan pada hari pertama tayangan.
Kos pembikinan dan promosi filem ini membelanjakan sebanyak RM2 juta.
Source:http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/6/21/mstar_hiburan/20110621115458&sec=mstar_hiburan
Source:

0 comments: